Sunday, June 14, 2009

Rentetan perjalanan

Pada mulanya segalanya dalam kesamaran dan tidak jelas dizahirkan. Dalam diri terkapai-kapai mencari indentiti muncullah cahaya yang menerangi. Ketika itu terlalu banyaknya ujian dan badai untuk melemahkan langkahan agar semakin jauh dari landasan yang telah disyariatkan. Godaan dan cabaran bertali arus menujah saban waktu. Nafsu pula, berebut sama menguasai diri. Argh....saat itu semua yang dilakukan tidak genuine. Kritikan juga tidak dinafikan hadir. Maklumlah nak berubah menjadi baik ni bukannya senang rupanya. Pelikkan manusia zaman sekarang ini kalau buat jahat tidak siapa pun nak tegur tapi kalau tiba-tiba berubah menjadi baik semua orang pandang pelik.
Tiupan semangat yang sering dihembuskan menjadi pembakar kekuatan diri untuk terus melakar perubahan. Pelbagai bahan-bahan bacaan islamic mula dicari alhamdulillah dipasaran sekarang banyak buku agama so tidak susahlah nak dapatkan maklumat. Selain itu, internet juga banyak membantu contohnya laman web mymasjid sememangnya menjadi pilihan sebelum aku mengenali laman web iluvislam. s.
Memasuki alam universiti idaman hati membuatkan diri ini semakin berani untuk tekad melakukan perubahan. Ya Allah tidak sangka sangat benarlah kata orang jika kita nak buat baik dengan niat yang baik pasti Allah permudahkan urusan kita. Hari pertama sahaja aku duduk di bumi ilmu ini aku telah bertemu dengan seorang insan yang solehah. Lemah lembut tutur bicaranya menyapa membuatkan sesiapa sahaja akan selesa berdamping dengannya. Melalui dirinya aku diperkenalkan dengan seorang lagi insan solehah sepertinya.. Syukur tidak terkata dan gembira berbunga dihati kerana impianku untuk mendekati meraka telah menjadi kenyataan.Sepanjang tempoh diorientasi aku tidak dibiarkan tanpa sebarang nasihat dan peringatan agar menjaga maruah sebagai wanita islam. Saat itu merasakan diri tidak keseorang.
Salam taaruf yang sering dihulurkan saban waktu membuatkan bilangan kenalan semakin bertambah. Persepsi pun mula berubah, jika sebelum ini berpandangan gadis seperti mereka sukar didekati tetapi rupa-rupanya mereka lebih mudah didampingi. Dalam ukhwah, mereka telah pasakkan hanya ukhwahfillah sahaja dan berlapang dada antara satu sama lain. Hari-hari bersama mereka membuatkan hati ini semakin tenang, terdidik dengan kepentingan sebuah ukhwah dan kepentingan menguasai ilmu agama.
Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata bertapa nikmatnya bersama mereka dalam jalan dakwah biarpun pelbagai mehnah dan tribulasi. Lemah kadang-kadang hadir juga menguasai diri tetapi Allah masih tidak membiarkan aku bersendirian. Setiap saat ada sahaja yang memberi pesanan dan peringatan. Ruginya kepada sesiapa yang melarikan diri dari mendampingi insan-insan yang baik kerana ketika bersamanya secara tidak langsung boleh mendidik kita menjadi baik.

No comments:

Post a Comment