Tuesday, June 16, 2009

Cabaran Dalam Menjana Revolusi

Ya Allah, aku berada di sini hari ini atas pemilihanMu. Teruskanlah Engkau memberi hidayah buatku agar aku terus kekal dalam landasanMu. Sesekali aku berada di puncak jangan Kau calitkan secebis rasa riak, sesekali aku lemah hindarkan aku dari mengalah dan sesekali aku tersasar langkahan jangan kau biarkan aku terus dalam kesesatan.
Bertemu dengan pihak pentadbiran kolej semalam membuatkan aku semakin gerun untuk memikul amanah ini. Bukannya mudah untuk memenuhi hasrat dan kehendak semua warga kolej. Tambahan pula, terdapat pelbagai persepsi dalam minda mahasiswa buat Lajnah Latihan dan Pembangunan Sahsiah. Tidak semua menerima dan mendekati aktiviti lajnah ini dengan hati yang terbuka. Hidayah itu hanya milik Allah dan Allah jugalah yang memegang hati-hati mereka. Ya Allah janganlah Engkau biarkan nasib kami ini ditentukan oleh diri kami sendiri, walaupun sekadar sekelip mata atau sekadar masa yang lebih mudah dan cepat."Ya Rabbi, istiqomahkanlah kami di jalan-Mu. Jangan sampai kami tergelincir ataupun terkena debu-debu yang dapat mengotori perjuangan kami di jalan-Mu, yang jika saja Engkau tak nampakkan kesalahan-kesalahan itu pada kami sekarang, niscaya kami tak menyadari kesalahan itu selamanya. Ampunilah kami ya Allah…. Tolonglah kami membersihkannya hingga dapat bercahaya kembali cermin hati kami. Kabulkanlah ya Allah…. "
Kadang-kala aku bimbang andainya aku sendiri tidak mampu untuk bermujahadah. Dalam bergerak kerja terlalu banyak peluang-peluang fitnah. Iman yang senipis kulit bawang ini belum pasti mampu membaluti seluruh tubuhku dari terpalit debu-debu yang mencemarkan. Namun, aku punyai akal yang dianugerahkan untuk merasionalkan setiap tindakan dan mengawal segala perlakuan agar titik-titik hitam tidak mengotori setiap langkahan...
Teruskan perjuanganmu kerana kau tidak keseorangan dan kau harus kuat dan bersemangat...

1 comment:

  1. chaiyok3x!!! my sis..dont worry, trust urself... by da wy, i want 2 announce dat i hve a new blog.. so plez visit me when u free... Allah alwez with us, rmmber...

    ReplyDelete