Sunday, August 30, 2009

Pengalaman ke Pusat Serenti

REFLEKSI PROGRAM KE PUSAT SERENTI

Pada tanggal 28 Ogos yang lalu aku dan rakan kumpulan telah mengadakan program ke Pusat Serenti Serendah, Selangor. Program di sana merupakan salah satu daripada tugasan dalam Kursus Pencegahan Dadah dan HIV. Objektif program aku ini ialah memberi peluang kepada mahasiswa untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan dengan dadah, membina hubungan yang rapat antara mahasiswa dan pesakit di pusat serenti, memberi dorongan dan sokongan moral kepada pesakit untuk meneruskan kehidupan dan berubah dan melahirkan mahasiswa yang prihatin terhadap masalah-masalah yang memberi kesan kepada negara.
Kami bertolak ke pusat serenti tersebut pada jam 6.30 petang dengan menaiki dua biji kereta. Namun, kami terpaksa transit seketika di rumah Shuhada ( salah seorang rakan dalam kumpulan ). Tujuan kami singgah adalah bagi menghormati masa berbuka puasa dan menunaikan solat magrib. Perjalanan kami diteruskan lagi pada jam 8.30 malam. Hujan renyai menamani sepanjang perjalanan kami. Rasa takut dan gementar sentiasa dirasai. Tidak aku sangka dalam perjalanan berlaku kesesakan lalu lintas. Sangkaan aku di hadapan ada kemalangan kerana beberapa buah kereta bomba bergegas ingin ke hadapan sana. Rupa-rupanya bukan kemalangan jalan raya sebaliknya, banjir yang terpaksa kami redahi. Inilah pengalaman pertama aku mendepani banjir. Kenderaan yang banyak menambahkan lagi rasa yang berbaur. Alhamdulillah, akhir kami berjaya redahi. Memandangkan ini kali pertama menjejaki kawasan pusat serenti tersebut kami tidak terlepas daripada masalah sesat jalan. Masalah ini juga berjaya kami tempuhi dengan penuh kesabaran.
Tepat jam 11.30 malam kami tiba di destinasi yang dituju. Rumah rehat yang dijanjikan menjadi tempat kami berteduh semalaman sebelum mendepani program yang akan bermula seawal jam 8.00 pagi esok. Rumah rehat yang disediakan sungguh selesa dan di luar jangkaan. Terdapat dua bilik di dalam rumah tersebut dan disediakan tiga katil bagi setiap bilik. Kami diberikan dua buah rumah, sebuah untuk ahli kumpulan lelaki dan sebuah lagi untuk ahli kumpulan perempuan. Selepas semua ahli kumpulan siap menguruskan diri masing-masing kami berkumpul untuk taklimat dan persediaan terakhir sebelum program. Taklimat tersebut disampaikan oleh Razi ( ketua kumpulan ).
Tepat jam 5.15 pagi kami semua terpaksa bangun untuk bersahur. Selepas itu solat subuh dan terus bersiap sedia untuk ke tempat program. Sekali lagi hujan menemani perjalanan kami. Ketika kakiku melangkah masuk ke pintu gerbang pusat serenti pelbagai persepsi dan anggapan yang hadir bermain di minda. Langkahan kaki masih diteruskan menuju ke bilik kaunseling pusat serenti tersebut. Tiba-tiba kami disapa oleh penghuni-penghuni pusat serenti. Saat itu betapa kecutnya perut ini hanya Allah sahaja yang tahu. Menatap wajah-wajah mereka juga aku tidak berani kerana sebelum ini aku didedahkan dengan pelbagai andaian negatif mengenai penagih-penangih dadah.
Sedang kami sibuk menyiapkan peralatan teknikal para banduan yang dipilih seramai 30 orang mula memasuki perkarangan tempat program bakal berlangsung. Pegawai-pegawai di sana sungguh baik hati melayan kami dan menyerahkan penghuni tersebut tanpa sebarang keraguan. Beberapa pegawai penjara turut bersama kami sebagai pemerhati. Hal ini bertujuan menjaga keselamatan kami. Maklumlah kumpulan kami terdiri daripada enam orang perempuan dan seorang lelaki sahaja.
Program kami bermula seawal jam 8.15 dengan sesi pengenalan diri setiap anggota kumpulan kami. Setiap seorang daripada kami dipanggil dan diperkenalkan kepada peserta-peserta program. Aku juga tidak ketinggalan memperkenalkan diriku. Seronoknya bila melihat peserta-peserta program cuba menyebut dan menghafal nama-nama kami semua. Kemudiaanya program diteruskan lagi dengan senaman pagi yang diketuai oleh Razi. Aku dan beberapa orang ahli yang lain turut bersama dengan peserta membuat senaman. Antara lagu yang dimainkan ialah Cheiken Dance. Para banduan sungguh terhibur dengan lagu tersebut dan mereka beberapa kali meminta senaman tersebut diulang. Ketika kami baru memulakan senaman, penghuni di sini menjangkakan kami ingin membuat poco-poco tetapi sebaliknya kami membuat sesuatu senaman yang tidak pernah mereka temui.
Modul Ice-Breaking menjadi aktiviti kedua kami. Tujuan modul ini tidak lain tidak bukan adalah untuk mewujudkan ruang selesa dan rasa mesra antara kami sebagai fasilitator dan semua penghuni di sini. Aktiviti pertama dalam modul ini kami telah dikendalikan oleh Wani. Segala perjalanan aktiviti dalam modul Ice-Breaking berpandukan arahan Wani. Aktiviti pertama dikenali ‘ Who Am I ’ dalam aktiviti tersebut kami telah memberikan sehelai kertas dan pen kepada semua penghuni yang terlibat sebagai peserta program. Arahan yang disampaikan oleh Wani mudah sahaja iaitu para peserta perlu menulis persepsi diri sendiri. Mereka perlu menyenaraikan kebaikan dan keburukan diri masing-masing.
Ketika aktiviti ini berlangsung aku diminta untuk membantu seorang peserta menulis. Hal ini disebabkan beliau tidak mampu menulis berikutan masalah mata yang dialaminya. Saat mendekati dirinya yang aku kenalkan sebagai Pak Cik E, aku merasakan seolah-olah dia adalah ayahku sendiri. Sedih mengenangkan Pak Cik E yang sudah tua dan terpaksa menjalani kehidupan di dalam tembok pemisah dengan dunia luar. Dikesempatan aku mendekatinya sempat juga aku berbual mesra dengannya. Soalan pertama yang keluar daripada Pak CIk E buat diriku “ apa rasa bila mua-mula masuk sini, takut tak untuk mendekati kami?” Senyuman aku ukurkan bagi menutup rasa gentar dalam diriku. Aku mengatakan dengan jujur awalnya pelbagai perasaan yang aku rasakan tetapi selepas melihat mereka semua semua ketakutan seakan hilang sebaliknya ingin lebih mendekati mereka semua. Rasa bertanggungjawab meembantu mereka. Personaliti Pak Cik E yang mesra membuatkan tanpa diminta dia terus membuka cerita kisah hidupnya.
Keramahan aku dan Pak Cik E berbual sambil mengikut arahan yang diberikan Pak Cik X menyampuk perbualan kami. Pak Cik X juga merasa terpanggil untuk bercerita dengan aku kisah dirinya. Ayat yang tidak boleh aku lupa Pak Cik X berkata, “ dadah ibarat cinta walaupun di luar kita mengatakan benci padanya tetapi kerana cinta ada maka rasa rindu mengatasi segalanya dan perkara inilah yang membuatkan mereka keluar dari pusat serenti tetap kembali menangih”. Kesimpulan daripada kisah mereka berdua dapat aku katakan kemiskinan punca mereka bergelumang dengan najis dadah. Manakala sikap yang panas baran dan tidak sabar adalah menjadi faktor mereka terlibat dengan jenayah yang lain pula. Rata-rata yang sempat ditemubual ketika sesi Ice-Breaking kebanyakan mereka bukanlah kali pertama masuk ke pusat serenti dan keluar masuk penjara. Ada antara mereka daripada umur 23 tahun hingga kini sudah mencapai usia 50 tahun. Bertapa lamanya usia mereka dihabiskan dengan dunia hitam ini.
Di dalam perjalan program kami sempat memberi masa rehat buat mereka sebelum sesi seterusnya. Dikesempatan selama beberapa minit itu aku mengambil peluang mendekati seorang penagih muda. Pada mulanya dia bertanyakan negeri asalku tidak sangka kami lahir di sebuah negeri yang sama. Disoal selidik lebih mendalam lagi rupa-rupanya kami bersekolah di sekolah rendah yang sama walaupun pada tahun yang berbeza. Sungguh aku teruja untuk lebih mengetahui tentang dirinya. Namun dirinya tidak lama berada di negeri aku dan berhijrah bersama keluarga ke negeri lain. Dia aku kenalkan sebagai G. G juga mempunyai adik perempuan dan menurut G, adiknya turut terpengaruh dan terlibat dengan najis dadah. Dalam kalangan penghuni di sini G merupakan seorang pengawas dan akan dibebaskan tidak lama lagi. Inilah kali pertama G memasuki pusat serenti dan G benar-benar ingin berubah dan keluar daripada sejarah hitam yang dilaluinya. G juga sempat memberitahu aku semoga jika kami bertemu di luar sana aku akan melihat dia telah berubah.
Modul kedua adalah modul muhasabah. Modul ini dikendalikan oleh diriku dengan bantuan Shuhada. Objektif modul ini dilaksanakan adalah untuk memberi kesedaran kepada penghuni pusat serenti ini bahawa mereka masih ada peluang untuk berubah. Perjalanan modul ini dimulakan dengan aku menyerahkan sehelai kertas kepada semua peserta dan sebatang pensel. Kemudiannya aku meminta semua peserta untuk mendengarkan cerita mengenai seorang tokoh. Cerita tersebut disampaikan oleh Shuhada. Aku teleh menyiapkan teks mengenai tokoh tersebut. Walaupun teks tersebut baru aku siapkan selewat jam 12.00 malam sebelum program berlangsung namun akhirnya berjaya juga disipakan dan dapatlah Shuhada membackan cerita tersebut pada hari ini.
Alunan suara yang dimainkan oleh Shuhada membuatkan semua peserta menghayati setiap bait-bait yang sampaikannya. Dengan penuh penghayatan dan sungguh menyentuh Shuhada membaca dan peserta juga aku lihat juga seakan-akan teruja ingin mengenali siapkah tokoh yang kami maksudkan. Bagi membuka segala rahsia siapakah tokoh yang terhebat dimaksudkan maka kami meminta setiap peserta bersedia untuk ke hadapan bagi melihat wajah tokoh tersebut.
Sebuah kotak telah tersedia di hadapan para peserta dan kami telah meminta setiap seorang bergilir-gilir untuk tampil ke hadapan. Wajah tokoh tersebut akan diketahui sejurus selepas peserta membuka kotak yang disediakan. Di dalam kotak tersebut terdapan sebuah cermin besar yang akan menampil wajah tokoh tersebut. Sebenarnya tokoh yang kami maksudkan di dalam modul ini adalah para peserta sendiri. Pelbagai reaksi wajah yang aku perhatikan apabila mereka membuka kotak tersebut. Ada antara mereka tersenyum dan tidak kurang juga ada yang mempamerkan reaksi terkejut.
Setelah semua peserta selesai mengenali dengan jelas wajah tokoh tersebut, semua peserta diminta melukis potret tokoh yang dimaksudkan tadi dan mereka perlu menulis harapan masing-masing. Rasionalnya kami meminta mereka menulis harapan hanya untuk memberi peluang kepada peserta menyatakan harapan mereka buat diri mereka sendiri. Semua manusia mempunyai harapan dan impian masing-masing maka ingin memberi peluang kepada peserta meluahkan harapan tersebut. Sebenarnya bukannya mudah juga mereka ingin menulis apa harapan mereka kerana kebanyakan antara mereka sudah merasakan tiada apa-apa yang mampu mereka lakukan lagi. Bagi memberikan kesedaran dan sedikit motivasi kepada penghuni aku telah bertindak sebagai motivator untuk mereka. Aku menjelaskan kepada mereka bahawa mereka masih ada waktu untuk berubah dan melakukan kebaikan. Biarpun masyarakat sekeliling menolak dan mencemuh mereka tetapi itu bukan penghalang buat mereka untuk berubah. Meraka juga perlu bangkit membuktikan ketokohan yang masih bersisa dalam diri. Mereka juga harus mempunyai kekuatan dalam yang tinggi untuk terus melakar kejayaan supaya dadah bukan lagi menjadi agenda dalam hidup.
Ketika aku menyampai hujah-hujah aku yang agak tegas ku kira, wajah-wajah mereka suram dan hanya mampu memandang ke bawah. Ada reaksi sedih dan penyesalan yang amat ketara dipamerkan. Aku juga sebenar tidak sampai hati untuk bertegas dengan mereka tetapi aku lakukan sepaya mereka dapat kekuatan dengan cabaran yang aku berikan. Saat itu aku telah buang segala rasa malu yang ada dalam diriku supaya aku mampu melontarkan kata-kata bagi menaikkan semangat mereka. Dalam mindaku tidak lain yang aku fikirkan hanya mengharapkan secebis madah yang aku bicarakan terkesan di hati mereka dan Allah memberi hidayah buat mereka untuk bertaubat. Bicaraku hanyalah memakan masa tidak kurang 10 minit.
Aku juga telah memanggil empat orang peserta untuk membuat refleksi terhadap aktiviti yang telah dijalankan. Hampir keempat-empat mereka menyatakan ingin berubah biarpun mereka sendiri tidak pasti kekuatan yang ada dalam diri mereka mampukah melawan kehendak pada dadah. Apabila aku telah mengakhirkan kata-kata aku menyedari di sekelilingku ada beberapa orang pegawai penjara yang turut bersamaku sedari awal pagi tadi. Saat itu barulah aku rasa betapa malunya. Hal ini disebabkan inilah kali pertama aku melakukan perkara sebegini.
Aku seakan-akan baru terjaga dari lena bahawa aku mampu melakukannya seperti orang lain. Berhujah di hadapan dan memberikan kata-kata perangsang buat insane lain dikhalayak ramai. Sebelum ini kau tidak pernah mencuba dan aku sentiasa mengelak. Selepas modul tersebut baru aku percaya aku mampu buat dan ada sedikit kekuatan untuk memperbaiki diri agar penyampaianku pada masa akan datang lebih baik. Aku juga turut meminta pandangan daripada ahli kumpulan mengenai gaya penyampaian aku. Segala kritikan aku jadikan titik awal melakukan penambahbaikan dan segala pujian aku jadikan semangat untuk terus mencuba pada masa akan datang.
Bagi menceriakan kembali suasana yang suram, Razi telah mengambil tempat untuk mengendalikan aktiviti seterusnya. Aktiviti ini diberi nama adalah bertujuan untuk menyedarkan mereka bahawa setiap antara kita dilahirkan dalam keadaan suci dan bersih. Namun kesucian itu bias tercemar dek noda dan dosa tetapi usah khuatir kejernihannya akan terzahir kembali dengan taubat. Prosedur menjalankan aktiviti ini, semua bekas berisi air yang jernis telah diletakkan di dalam sebuah botol. Kemudiannya setitik nila diletakkan di dalam air tersebut. Ketika proses penukaran warna jernih air kepada warna nila Razi telah menyampaikan falsafah bagi menerangkan maksud setiap tindakannya. Apabila air tersebut benar-benar telah burubah warna maka Clorox pula dicampurkan ke dalam air tersebut. Sedikit demi sedikit air yang telah tercemar itu berubah warna menjadi putih dan jernih kembali. Aktiviti ini jelas dapat dilihat falsafah yang ingin disampaikan.
Sebelum kami menamatkan program kami, kami telah berkesempatan untuk mendengar luahan dan refleksi daripada semua peserta. Setiap seorang akan diberi peluang meluahkan apa sahaja yang mereka perolehi daripada program yang kami anjurkan. Pelbagai refleksi perasaan dan pengalaman yang diluahkan. Luahan yang paling menyentuh hatiku apabila salah seorang daripada mereka menyatakan bahawa tidak sangka masih ada yang sudi mendekati dan prihatin pada mereka. Dia menyangka tidak ada yang pedulikan nasib mereka lagi. Tidak aku nafikan kebanyakan peserta membuat refleksi mengenai aktiviti yang aku kendalikan. Hal ini disebabkan mereka dapat merasakan kekuatan tersuntik dalam diri untuk bangkit berubah. Aku sangat bersyukur dengan luahan tersebut semoga mereka sedar mereka adalah seorang tokoh yang telah tersungkur dan bias bangkit kembali melakukan perubahan.
Program kami diakhiri dengan penyampaian cenderamata kepada semua peserta dan pihak Pusat Serenti. Gambar kenangan turut dirakamkan. Pengalaman ini akan menjadi sebuah memori yang indah dalam sejarah perjalanan aku meniti kehidupan. Aku juga telah memuatkan cerita ini di dalam blogku sendiri.
Read more >> Read More..

Saturday, August 15, 2009

Bermusafir bersamamu


Merupakan sebuah catatan pengalaman seseorang individu....

Kadang-kala tanpa kita sedari kita telah pun melukakan hati insan-insan disekeliling kita. Secebis senyuman yang tidak diukirkan boleh menjadi isu untuk diperdebatkan. Pengalaman bermusafir bersama 4 orang sahabat semalam benar-benar membuatkan diri ini tersedar dari kelalaian sendiri. Mengapa diriku tidak nampak potensi dirimu dan tidak pernah cuba untuk mendekatimu??persoalan-persoalan ini bermain diingatan setelah bermuzakarah selama hampir 2 jam semalam. Segalanya berlaku secara spontan dan alhamdulillah ana diberi kekuatan untuk berhujah menggunakan dalil aqli dengan mereka. Biar pun ilmu didada masih terlalu cetek berbanding insan-insan hebat di luar sana.

Antara topik yang diperbualkan ialah mengapa insan bertudung labuh "anti couple"

Ketika persoalan ini tiba-tiba diungkitkan pastinya seakan-akan blur untuk melontarkan hujah. Lantas ana memberi laluan untuk sahabat baik ana ( sahabat sealiran ) berhujah dahulu. Kami berdua mendepani 3 orang mad'u yang merupakan sahabat kami sendiri. Ikuti hujah sahabat ana...
Tiada manusia yang bergelar remaja tidak merasai dahaganya sebuah cinta dan kasih sayang sesama manusia. Tetapi adakah nilai kasih sayang itu lebih indah dari nilai munajat kasih sayang dari Allah? Ana sendiri pernah melalui zaman jahiliyyah bercouple suatu ketika dahulu sebelum Allah campak hidayah. Saat itu ana boleh keluar bersama tengok wayang lagi. Berjalan berdua-duan tanpa ada rasa sangsi cuma terdetik suara-suara halus merasai ada insan yang memerhati. Namun apabila melihat sekeliling tidak ada yang memerhatikan pun. Setelah mendapat hidayah barulah menyedari rupa-rupa gerak hati tersebut merupakan pandangan Allah sebenarnya terhadap ana. Pasti dan pasti gerak geri ana tidak pernah terlepas walau satu minit daripada pandangan Allah.
Perubahan dan kesedaran semua ini hadir setelah ana menemui seorang hamba Allah ( muslimat ). Ana ingin bertanya sekiranya bercinta adakah kita selalu teringat kepada kekasih hati? jujurnya ye memang selalu teringatkan dan mustahil lupa. Adakah ketika solat juga si dia masih dalam ingatan? dengan slow ana menjawab ya kadang-kadang ingat dia juga sebab bila dengar azan sometime nak rest dulu..tiba-tiba dia bagi "sms' suruh solat lantas ana bergegas pergi solat. Adakah soalh kerana si dia? sukar ana menjawab soalan ini kerana galakan darinya mendorong ana untuk bersolat. argh...ketika itu ana nampak apakah niat ana sebenarnya beribadat ketika itu...

sahabat ana terus lagi berhujah...pergi libry cadang nak stdy dengan si dia. kebetulan subjek sama. duduk berdua-duaan. sejauh mana ketika berdiskusi itu kita benar-benar berdiskusi atau lebih banyak membicarakan soal hati? Ilmu itu cahaya dan ibadah..perkara maaruf tidak boleh bersama ditegakkan dengan kemungkaran kerana yang menaang pastilah kemungkaran. So pastilah niat stdy hanya alasan untuk berdating? ( mad'u tersebut mengakui kata-kata sahabat ana. kerana hujahnya boleh diterima )

sahabat ana teruskan dengan satu analogi yang dipetik dari sahabatnya. 'usah diragut manisnya cinta sebelum tiba saatnya'. kata-kata ini bermaksud jangan membiarkan diri kita tercalar dan masanya untuk kita mendambarkan cinta sejati akan tiba bila mana masanya telah tiba. kerana jika kita telah mencemarkannya awal pasti akhirnya ia tiada keindahan lagi untuk dinikmati.

Kini giliran ana pula....

Jujur ana katakan ana pernah juga bercinta. Namun tegas ana katakan carilah pasangan yang baik dan beriman dalam apa keadaan sekalipun. Pengalaman ana sendiri ana pernah bercouple dengan seorang individu yang boleh ana katakan baik akhlaknya, tinggi ilmu agamanya, al quran sahabatnya dan surau tempat ketenangan buat dirinya. Dia banyak pengaruhi diri ana. Kerana apa dia mampu mempengaruhi ana?...jawabnya kerana CINTA. Apabila kita mencinta seseorang pasti hidup mati kita hanya terfokus buat insan yang kita cinta. Saat paling derita adalah merindui seseorang. Mustahillah bercinta tak rindukan..ubat rindu apa? pasti inngin bersama yang dirindui dan memuaskan perasaan tersebut . kalau tidak dunia seakan pudar tanpa sinar pada hari tu. betul tak? ( sahabat bertiga itu mengakuinya ). yelah berkata berdasarkan pengalaman huhu...

Soal pemilihan pasangan, tadi enti ada mengatakan enti tidak bersedia untuk kekalkan bertudung labuh dan jubah yang pernah enti sanjungkan suatu masa dahulu dengan alasan enti nak lelaki yang suka enti bukan mengharapkan enti membimbing dirinya. Enti nak dia terima enti seadanya dan dia membimbing enti. ( itulah kata-kata darinya ). ana nak tanya adakah enti rasa lelaki yang tidak berimej baik mampu mendidik diri enti, anak-anak enti dan kelaurga enti? seperti mana enti memandang imej dari dirinya bergitulah dia juga. bukan mudah kita nak yakinkan orang yang tentang sesuatu jika luarannya tidak terzahir perkara tersebut. hal ini kerana dalaman akan terpancar dari luaran. Jika enti nak dia mendidik enti, pasti dirinya nak enti mampu mendidik zuriatnya nanti dan berbakti buat orang tuanya. Jika enti nak dia imamkan setiap solat enti, enti mampu ke menjadi imam buat zuriatnya, ibunya dan keluarga perempuannya?..Lelaki yang baik pasti inginkan wanita yang baik.


Tambahan pula mereka akan dipertangjawabkan keats dosa-dosa insan di bawah tjwbnya. Dengan itu tidak dapat tidak mereka pasti memerlukan wanita yang mampu meringinkan tugas tersebut. Jadi untuk mendapatkan sesuatu kita haruslah fikirkan mampukah kita memebri sesuatu/ kita harap yang terbaik maka jadilah yang terbaik dahulu. Jangan hanya mencari tetapi menjadilah dirimu duhalu seperti yang kamu harapkan. Ingat firman Allah penzina dengan penzina dan orang beriman dgn orang beriman. secara logiknya kenapa keadaan itu berlaku ialah kerana penzina ini hanya beradadi kawasan penzinaan maka dia akan bertemu hanya penzina sahaja begitu juga orang surau, tidak mustahil mendapat orang surau kerna dia selalu berada di sana. Tak kan nak mencari ahli masjid di pusat disco betul tak. So nak mencari perlukan tempat yang betul..Kesimpulannya menjadilah yang terbaik dahulu bukan hanya mencari yang terbaik.


kalau betul laki tu sayang perenpuan itu dia tidak akan meluahkan i love u direct pada wanita tersebut kerana jiwa wanita mudah cair... betulkan bila enti terima lafaz dari seorang lelaki " i love u, sejuk hati saya setiap kali tengok awk, awk cantiklah' kata-kata ini sahaja sudah cukup buat hati wanita kembang dan syok. sewajarnya guna orang tengah demi menjaga hati wanita tersebut supaya tidak terbuai dengan puji-puji dan kata-kata cinta yang jelas melalaikan.

enti pun kata bila nak kenal klu macam tu/ keserasian penting kalu nak khwin...benar tapi dalam islam kita ada sesi taaruf antara pasangan tersebut. waktu bertunang juga ada untuk mengenali tetapi selagi belum khwin semua itu menti dibuat melalui orang tengah dan di saksikan oleh orang tengah. percayalah insyaAllah kalu dari awal dah jaga adab semuanya ikut syariat, pasti perkahwinan nanti lebih indah....

Yakinlah jodoh itu ada tapi harus berusaha seperti yang digariskan oleh syariat bukan terpedaya dengan idealogi barat dalam isu couple. Perbualan ini berakhir pun berakhir...3 sahabat tadi meluahkan rasa lega dan tidak takut lagi jika dirinya sehingga kini masih single.. mereka juga ada menyatakan ingin megubah diri dengan menjadi yang terbaik dan tidak hanya mencari yang terbaik...


p/s ; Semoga ada pengajaran daripada pengalaman insan ini.






Read more >> Read More..

Sunday, August 9, 2009

Pemilik Cintaku setelah Allah dan Rasul ( dah baca hehe )

Ahamdulillah akhirnya berjayaku miliki buku ini dan membacanya sehingga ayat yang terakhir. Tak dinafikan buku ini amat baik untuk dibaca oleh muslimin dan muslimat yang bakal atau baru atau telah lama melayari bahtera rumah tangga. Bentuk penceritaan yang diketengahkan oleh penulis amat menarik dan boleh dijadikan contoh tauladan. Biarpun buku ini menggambarkan kesempurnaan yang dimiliki oleh watak namun tidak ada salahnya jika kita mencuba mencontohinya dalam usaha kita untuk mencapai kesempurnaan.
Ya, memang tidak semua insan berjaya memiliki insan yang soleh dan solehah tetapi hati sanubari kita pasti terdetik bertapa indahnya jika dialah yang tercipta buat kita. Tetapi itu bukanlah alasan untuk kita menafikan bahawa kita mampu untuk membina baitul dakwah. Allah sendiri telah berfirman bahawa tidak akan berubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka sendiri yang merubahnya. So di sini jelaslah perubahan jika kita mahukan, kitalah yang harus memulakan langkahan bukan hanya memasang angan-angan tanpa sebarang tindakan.
Serba sedikit mengenai buku ini, ia mengisahkan tentang Qani'ah dan suaminya Dr Muslih. Qani'ah merupakan seorang wanita yang amat menjaga maruah dirinya selaku seorang muslimah sejati. Tidak didambarkan oleh Qani'ah untuk merubut cinta lelaki murahan melainkan cinta seorang muslimin yang menjaga agamanya dan maruah dirinya. perkara berkaitan muamalat dengan muslimin sangat diambil berat. walaupun Qani'ah merupakan seorang public figure dengan status sebagai naib presiden persatuan dan terpaksa berurusan dengan muslimin tetapi semua itu tidak menjadi alasan untuk Qani'ah melupakan batas-batasan yang telah syariat garisan.
Menyentuh soal cinta dan hati, Qani'ah juga insan biasa yang diuji oleh Allah untuk merasai manisnya cinta sesama makhuk. Orang yang hebat pastinya diuji juga dengan insan-insan yang selayakknya. Begitulah Qani'ah di mana insan yang mendambar cintanya bukan calang-caang orang, mahasiswa yang handsome, President persatuan yang dikaguni ramai, dan beberapa orang lain yang turut cuba meraih perhatiannya. Begitu hebat Allah menguji hati Qani'ah tetapi alhamdulillah kerana prinsip yang ada teguh terpasak dalam hati Qani'ah semua ujian itu berjaya ditangani.
Berkat kesabaran dan kekuatan yang ada pada Qani'ah akhirnya Allah balas dengan insan yang benar-benar selayaknya buat dirinya. Seorang suami yang akhlaknya sangat mulia, menjadikan rasullullah idola utama. Itulah ganjaran Allah buat dirinya.
Tidakkah anda juga berimpian untuk mendambarkan insan yang soleh dan solehah sebagai penghibur di dunia dan peneman di syurga?? Renungi dan muhasabah kembali lihat dalam diri adakah layak untuk kita miliki dirinya jika kita sendiri tidak berusaha untuk menjadi seperti dirinya.....So, berusaha menjadi dan tidak sekadar mencari....
Buat yang tercipta untukku, semoga dirimu kuat untuk bermujahadah...
Read more >> Read More..

Thursday, August 6, 2009

TIADA HADIS SAHIH BICARAKAN MALAM NISFU SYAABAN

Oleh Dr Engku Ahmad Zaki Engku Alwi
SYAABAN adalah salah satu bulan Hijrah yang mempunyai keistimewaan tersendiri. Syaaban dianggap pintu gerbang Ramadan kerana pada bulan itu umat Islam masih boleh makan dan minum pada siang hari sebelum mereka menyambut kedatangan bulan puasa yang penuh berkat.
Kelebihan Syaaban dapat dilihat apabila Rasulullah SAW pernah memberitahu sahabat mengenai Syaaban. Bulan itu dinamakan demikian kerana pada bulan itu Allah banyak memberi rahmat kepada hamba-Nya.
Kelebihan Syaaban berbanding bulan lain ialah seperti kelebihan Rasulullah SAW terhadap semua nabi, manakala keutamaan bulan Ramadan berbanding dengan semua bulan adalah seperti keutamaan Allah kepada hamba-Nya.
Pada bulan Syaaban, ada satu malam sangat dinantikan umat Islam iaitu malam Nisfu Syaaban. Pada malam itu, umat Islam akan membanjiri masjid dan surau untuk menghidupkan malam itu dengan bacaan surah Yasin secara beramai-ramai.
Malangnya, timbul persoalan mengapa umat Islam hanya melangkah kaki ke masjid dan surau pada malam Nisfu Syaaban saja, tidak pada hari lain dalam bulan lain. Perlu ditegaskan, setiap bulan Hijrah memiliki keistimewaan dan kelebihan masing-masing dan bagi Muslim bertakwa akan sentiasa berusaha merebut dan meraih keistimewaan yang Allah sediakan pada bulan itu.
Muslim sejati tidak akan memilih bulan tertentu untuk beribadat kepada Allah. Dia akan sentiasa beristiqamah dan beriltizam menjunjung segala titah dan perintah Allah pada setiap masa dan keadaan sehinggalah dia menghadap Allah nanti.
Di samping itu, terdapat juga himpunan hadis menerangkan keistimewaan Syaaban, kelebihan malam Nisfu Syaaban dan keutamaan amalan tertentu pada bulan itu. Namun, kebanyakan hadis itu adalah hadis daif menurut pandangan ulama. Walau bagaimanapun ada sebahagian ulama berpendapat hadis daif boleh dipegang dalam amalan sunat secara perseorangan.
Pada Syaaban ini, umat Islam dianjurkan lebih mendekatkan diri kepada Allah dengan meningkatkan amal soleh dan memperbanyakkan ibadat. Tidak ada hadis diriwayatkan berkaitan dengan amalan dan bacaan doa tertentu pada pertengahan Syaaban mencapai taraf hadis sahih. Menurut mereka, tidak ada satu pun hadis sahih yang membicarakan mengenai malam Nisfu Syaaban dan amalan dianjurkan pada malam itu.
Berdasarkan amalan biasa dilakukan umat Islam di Malaysia iaitu amalan membaca surah Yasin sebanyak tiga kali dan juga bacaan doa khusus (doa yang tidak ada asal usulnya dan tidak menepati dalil Syarak sama ada dalil manqul (bersumberkan al-Quran dan hadis) atau ma’qul (bersumberkan pendapat ulama mujtahidin yang muktabar).
Menurut Prof Dr Yusuf al-Qaradawi dalam kitabnya al-Fatawa, kandungan doa itu secara umumnya adalah permohonan supaya ditetapkan sebagai seorang yang bahagia dan murah rezeki bersesuaian dengan segala kebaikan.
Maksud doa itu berdasarkan firman Allah yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah menghapus dan menetapkan apa yang Dia kehendaki, dan di sisi-Nya ummul kitab (ibu segala suratan). (Surah al-Ra'd, ayat 39)
Jelas di sini percanggahan nyata dalam isi kandungan doa ini. Pada permulaannya pemohon berkata, jika tertulis di sisi Allah di dalam kitabnya sebagai seorang yang susah dalam urusan mencari rezeki, pendoa meminta supaya dihapuskan kesusahan itu dan ditetapkan di sisi Allah di dalam kitabnya (yang sama) sebagai seorang bahagia dan murah rezeki untuk segala kebaikan, berdasarkan maksud ayat yang disebutkan.
Makna ummul kitab ialah tidak ada di dalamnya penghapusan dan tidak ada pengisbatan (penetapan), bagaimana dia (orang yang berdoa) pada masa yang sama memohon penghapusan dan pengisbatan di dalamnya.
Pada masa sama, ucapan doa itu bertentangan dengan adab berdoa seperti digariskan ajaran Islam. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Apabila kamu meminta kepada Allah (berdoa kepada-Nya), janganlah kamu ucapkan: Ya Allah ampunilah jika Kamu kehendaki, rahmatilah daku jika Kamu kehendaki, berikanlah rezeki padaku jika Kamu kehendaki, sebaliknya hendaklah kamu menetapkan permasalahannya (apa yang diminta), Allah Maha Berkuasa melakukan berdasarkan ketentuan-Nya dan tidak ada paksaan ke atas-Nya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Seterusnya, umat Islam dianjurkan melaksanakan amal ibadat sebanyak mungkin menurut kemampuannya pada malam itu antaranya solat lima waktu secara berjemaah, bersolat sunat dan melakukan solat tahajud, berpuasa sunat, membaca al-Quran, beristighfar kepada Allah, bertasbih, bertahlil, bertakbir dan membaca pelbagai doa dan zikir yang ma’thur.
- Dr Engku Ahmad Zaki Engku Alwi ialah Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Darul Iman Malaysia.
http://nurjeehan.%20hadithuna.%20com/tiada-%20hadis-sahih-%20bicarakan-%20malam-nisfu-%20syaaban
Sumber :..IMAN grp
Read more >> Read More..