Saturday, June 20, 2009

Bonda yang dirindui

Hati ini amat merinduimu ibu. Saat berjauhan darimu adalah saat yang paling menyeksakan jiwa ragaku. Tiada senyuman darimu yang hadir meringankan beban amanah di bahuku membuatkan aku lemah dalam meneruskan langkahan.Aku tekad untuk bertemu denganmu dalam kadar waktu yang segera. Biarlah aku meninggalkan seketika kesibukan dunia ini demi berdamping denganmu dalam mencari kekuatan diriku yang semakin goyah tika saat berjauhan darimu.
Sejenak hatiku mula tersungkur,
Bila terkenang ibuku nun jauh,
Aku di rantauan penuh kerinduan,
Bersama harapan pulang ke pangkuan.
Biarpun anakmu jauh di mata.
Namun di hati tak pernah ku lupa,
Wajah manis ibu,
tutur kata,
Menjadi penyubur semangat jiwaku.
Walau selaut kucurah baktiku,
Walau segunung kutabur jasaku,
Namun takkan dapat kubalas,
Pengorbananmu waktu kecilku.
Untukmu ibu salam sayangku,
Doa dan restu kupohon darimu,
Agar dimudahkan laluan hidupku,
Menempuh dugaan di medan ilmu.
Alangkah rindunya belai kasihmu,
Alangkah indahnya mutiara katamu,
Ingin rasanya bertemu kembali,
Kenangan dahulu yang harum mewangi.
Read more >> Read More..

Wednesday, June 17, 2009

Wanita Penghuni Neraka

Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah menangis manakala ia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasul menangis. Beliau menjawab, "Pada malam aku di-isra'-kan, aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.

Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya. Aku lihat perempuan tergantang kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri. Aku lihat perempuan yang telinganya pekek dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka," kata Nabi.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu? Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

Perempuan yang digantung susunya adalah istri yang 'mengotori' tempat tidurnya. Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas. Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya. Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atasubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa shalat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mau mandi junub.

Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami." Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis. Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan
Read more >> Read More..

Tuesday, June 16, 2009

Cabaran Dalam Menjana Revolusi

Ya Allah, aku berada di sini hari ini atas pemilihanMu. Teruskanlah Engkau memberi hidayah buatku agar aku terus kekal dalam landasanMu. Sesekali aku berada di puncak jangan Kau calitkan secebis rasa riak, sesekali aku lemah hindarkan aku dari mengalah dan sesekali aku tersasar langkahan jangan kau biarkan aku terus dalam kesesatan.
Bertemu dengan pihak pentadbiran kolej semalam membuatkan aku semakin gerun untuk memikul amanah ini. Bukannya mudah untuk memenuhi hasrat dan kehendak semua warga kolej. Tambahan pula, terdapat pelbagai persepsi dalam minda mahasiswa buat Lajnah Latihan dan Pembangunan Sahsiah. Tidak semua menerima dan mendekati aktiviti lajnah ini dengan hati yang terbuka. Hidayah itu hanya milik Allah dan Allah jugalah yang memegang hati-hati mereka. Ya Allah janganlah Engkau biarkan nasib kami ini ditentukan oleh diri kami sendiri, walaupun sekadar sekelip mata atau sekadar masa yang lebih mudah dan cepat."Ya Rabbi, istiqomahkanlah kami di jalan-Mu. Jangan sampai kami tergelincir ataupun terkena debu-debu yang dapat mengotori perjuangan kami di jalan-Mu, yang jika saja Engkau tak nampakkan kesalahan-kesalahan itu pada kami sekarang, niscaya kami tak menyadari kesalahan itu selamanya. Ampunilah kami ya Allah…. Tolonglah kami membersihkannya hingga dapat bercahaya kembali cermin hati kami. Kabulkanlah ya Allah…. "
Kadang-kala aku bimbang andainya aku sendiri tidak mampu untuk bermujahadah. Dalam bergerak kerja terlalu banyak peluang-peluang fitnah. Iman yang senipis kulit bawang ini belum pasti mampu membaluti seluruh tubuhku dari terpalit debu-debu yang mencemarkan. Namun, aku punyai akal yang dianugerahkan untuk merasionalkan setiap tindakan dan mengawal segala perlakuan agar titik-titik hitam tidak mengotori setiap langkahan...
Teruskan perjuanganmu kerana kau tidak keseorangan dan kau harus kuat dan bersemangat...
Read more >> Read More..

Sunday, June 14, 2009

Kematian seorang tokoh 'Fathi Yakan'

Tokoh Gerakan Islam yang amat kita segani, Sheikh Fathi Yakan telah kembali ke rahmatullah.
Al-Fatihah.


Sedikit bingkisan mengenai Assheikh, antara Murabbi Gerakan Islam, juga antara pengasas gerakan Islam di Lubnan:

- As Sheikh dilahirkan di Tripoli, Lubnan pada 9 Februari 1933.
- berkahwin dengan Pn. Mona Haddad Yakan dan mempunyai 4 anak perempuan, seorang lelaki.
- Juga mempunyai B.A dan M.A dalam bidang kejuruteraan serta Ph.D dalam pengajian Islam dan bahasa Arab. menukar bidang pengajian dari kejuruteraan kepada pengajian islam kerana keperluan dan kepentingannya untuk mengajak rakyat negaranya untuk berpegang teguh dengan Islam.
- banyak penulisan dan sumbangannya dalam mempelopori fikrah gerakan islam dan membentuk manhaj dakwah.
- antara tulisannya: Apa Erti Saya Menganut Islam, Musyhkilatu da’wah wad-da’iyah dll.
- penulisannya dan penglibatan dlam gerakan islam dianggap mengancam pihak berkuasa dan beliau telah dipenjara dan diseksa dengan diseterika seluruh badannya hingga remuk! (ampunkan dosanya dan tempatkan rohnya di kalangan hambaMU yang soleh, ya ALLAH)

- Antara tulisan Sheikh Fathi Yakan, dalam Musyhkilatu da’wah wad-da’iyah tentang sifat-sifat pendakwah, buat perkongsian shbt2 adalah:a. Kebersihan Jiwa dan Rohani- perlu sentiasa ikhlas- sentiasa mengingati Allah swt.- Selalu memperbaiki ibadahnya, membanyakkan amalan sunat dan - tidak meninggalkan tahajjud.b. Kesihatan Badan dan Kekuatannya- Menjaga kesihatannya kerana kepimpinan dan pendakwah penuh dengan pemikiran, kerja dan perjuangan yang bersambung-sambung dan tidak henti-henti.c. Keupayaan Akal dan Fikiran- Pemimpin, fikiran dan mindanya haruslah terdiri dari pelbagai bahan tidak hanya terhad kepada ilmu Islami sahaja tanpa mendalami ilmu-ilmu lain.- Berupaya juga menganalisis persekitaran dengan menggarapkan ilmu pengetahuan dan maklumat yang sedia ada dengan menjadikan pengalaman sebagai panduan berteraskan kepada Al-Quran & As-Sunnah.Seterusnya beliau menambah bahawa ada beberapa sifat-sifat yang perlu bagi Pimpinan:a. Mengenali Dakwah – mengenali organisasi dan matlamat perjuangan (ada hubungan)b. Mengenali Jiwa – mengetahui kekuatan dan kelemahan yang ada pada dirinya sendiric. Perhatian kepada ahli-ahli – mengambil tahu hal-ehwal pengikut.d. Tauladan yang baik (al-Qudwatul Hasanah)e. Pandangan yang tajam – tidak mempunyai sikap teragak-agak, kabur, resah dan tidak tegas.f. Kemahuan yang kuatg. Daya Tarikan semulajadih. Optimisma

"Islam, apabila ia menekankan supaya para pemuda melaksanakan matlamatnya yang menginginkan perubahan, beerti bukanlah diserahkan tugas itu kepada mana-mana generasi saja yang tidak mempunyai ciri-ciri tertentu, tetapi terlebih dahulu dimestikan atau dituntut supaya generasi itu mempunyai sifat-sifat Islam dan berpegang teguh dengan prinsip2 Islam iaitu berkehendakkan generasi Islam yang tulen.
Pemuda ialah suatu tenaga yang digunakan oleh Islam utnuk membangunkan dan memakmurkan alam tetapi orang ilain mempergunkana mereka untuk meruntuhkan umat manusia.
Sesungguhnya masyarakat manusia hari ini penuh sesak dengan pemuda2 tetapi pemuda2 ini hanyalah yang kosong, yang hanyut dan terbiar, pemuda yang tiada peribadi, bersikap seperti kera, pemuda yang tiada mempunyai akhlak, yang lebih dekat dengan binatang, pemuda yang dijadikan tentera oleh kuasa2 jahat dan zalim, disusun oleh parti2 kufur dan syaitan, Pemuda pondan yang tiada kelebihan pada mereka, tetapi keberkatan datang bersama pemuda yang tinggi cita-citanya."


ALLAHUAKBAR WALILLAHILHAMD!

demikianlah as sheikh yang telah mewakafkan dirinya untuk perjuangan islam. lihatlah, dia bergembira dengan jual belinya.. lalu kita bagaimana?
ayuh, ana menyeru diri sendiri dan sahabat2 kita perhitungkan diri. di mana kita dalam perjuangan ini, mampukah kita menggelarkan diri sebagai 'ansorullah' ..
insyaALLAH, belum terlambat. mari kita sama2 dekatkan diri dengan ALLAH, jauhi penyakit2 yang membawa keparahan 'hati'. jika ada, ubatilah segera.
perhebatkan perjuangan. kitalah pemuda pemudi Islam.
jadikan detik kehidupan perjuangan rasulullah saw, keluarga, sahabt ra dan tokoh gerakan sebagai laskar jihad ini!
ingatkah perkahwinan kita yang pertama? ya, dengan PERJUANGAN!
Izinkan ya ALLAH, kami bersama mereka...

Read more >> Read More..

Rentetan perjalanan

Pada mulanya segalanya dalam kesamaran dan tidak jelas dizahirkan. Dalam diri terkapai-kapai mencari indentiti muncullah cahaya yang menerangi. Ketika itu terlalu banyaknya ujian dan badai untuk melemahkan langkahan agar semakin jauh dari landasan yang telah disyariatkan. Godaan dan cabaran bertali arus menujah saban waktu. Nafsu pula, berebut sama menguasai diri. Argh....saat itu semua yang dilakukan tidak genuine. Kritikan juga tidak dinafikan hadir. Maklumlah nak berubah menjadi baik ni bukannya senang rupanya. Pelikkan manusia zaman sekarang ini kalau buat jahat tidak siapa pun nak tegur tapi kalau tiba-tiba berubah menjadi baik semua orang pandang pelik.
Tiupan semangat yang sering dihembuskan menjadi pembakar kekuatan diri untuk terus melakar perubahan. Pelbagai bahan-bahan bacaan islamic mula dicari alhamdulillah dipasaran sekarang banyak buku agama so tidak susahlah nak dapatkan maklumat. Selain itu, internet juga banyak membantu contohnya laman web mymasjid sememangnya menjadi pilihan sebelum aku mengenali laman web iluvislam. s.
Memasuki alam universiti idaman hati membuatkan diri ini semakin berani untuk tekad melakukan perubahan. Ya Allah tidak sangka sangat benarlah kata orang jika kita nak buat baik dengan niat yang baik pasti Allah permudahkan urusan kita. Hari pertama sahaja aku duduk di bumi ilmu ini aku telah bertemu dengan seorang insan yang solehah. Lemah lembut tutur bicaranya menyapa membuatkan sesiapa sahaja akan selesa berdamping dengannya. Melalui dirinya aku diperkenalkan dengan seorang lagi insan solehah sepertinya.. Syukur tidak terkata dan gembira berbunga dihati kerana impianku untuk mendekati meraka telah menjadi kenyataan.Sepanjang tempoh diorientasi aku tidak dibiarkan tanpa sebarang nasihat dan peringatan agar menjaga maruah sebagai wanita islam. Saat itu merasakan diri tidak keseorang.
Salam taaruf yang sering dihulurkan saban waktu membuatkan bilangan kenalan semakin bertambah. Persepsi pun mula berubah, jika sebelum ini berpandangan gadis seperti mereka sukar didekati tetapi rupa-rupanya mereka lebih mudah didampingi. Dalam ukhwah, mereka telah pasakkan hanya ukhwahfillah sahaja dan berlapang dada antara satu sama lain. Hari-hari bersama mereka membuatkan hati ini semakin tenang, terdidik dengan kepentingan sebuah ukhwah dan kepentingan menguasai ilmu agama.
Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata bertapa nikmatnya bersama mereka dalam jalan dakwah biarpun pelbagai mehnah dan tribulasi. Lemah kadang-kadang hadir juga menguasai diri tetapi Allah masih tidak membiarkan aku bersendirian. Setiap saat ada sahaja yang memberi pesanan dan peringatan. Ruginya kepada sesiapa yang melarikan diri dari mendampingi insan-insan yang baik kerana ketika bersamanya secara tidak langsung boleh mendidik kita menjadi baik.
Read more >> Read More..

Saturday, June 13, 2009

masjid diserang, 10 jemaah terbunuh




NARATHIWAT, Thailand 8 Jun - Sekurang-kurangnya 10 jemaah termasuk imam terbunuh, manakala 13 lagi cedera, apabila militan Islam melepaskan tembakan ke dalam sebuah masjid di daerah Cho-ai-rong di wilayah Narathiwat, hari ini.
Lima militan bersenjatakan rifel merempuh ke dalam masjid melalui pintu belakang sebelum melepaskan tembakan rambang ke arah kira-kira 50 jemaah yang berada di dalam masjid itu.
Sementara itu, militan Islam turut membunuh seorang penoreh getah dan mencederakan sembilan anggota tentera dengan melontar bom di tepi jalan di Selatan Thailand, hari ini.
Penoreh getah penganut Buddha itu ditembak mati oleh seorang lelaki tidak dikenali yang sedang menaiki motosikal di wilayah Rangea hari ini, kata polis.
Di daerah berjiran, Rueso pula, sembilan anggota tentera cedera dan seorang daripadanya parah apabila sebutir bom dicampak ke bawah trak tentera meledak di tepi jalan.
Sejak Jumaat lalu, sembilan orang terbunuh dalam kejadian tembakan dan letupan bom berasingan di wilayah selatan Thailand.
Bagaimanapun tidak ada pihak yang mengaku bertanggungjawab terhadap semua serangan tersebut. - . - Agensi


Lihatlah musuh-musuh islam semakin hari semakin berani. Jika zaman Rasulullah s.a.w dahulu musuh menghormati rumah-rumah ibadat tetapi kini tidak lagi. Malahan, wanita dan anak kecil turut menjadi mangsa kepada insan-insan laknatullah...Bertapa kejamnya mereka tanpa belas dan ehsan mengikut nafsu kerana terlalu benci kepada muslimin dan muslimat sekalian.


Aku pula hanya memandang dari jauh tanpa bertindak...cita-cita ingin menjadi mujahidah tapi untuk bermujahadah pun masih lemah.Hendak menjadi pendakwah tapi diri takut untuk ditarbiyyah...macam mana ini???biasakah impian menjadi kenyataan andai diri tidak melakukan sebarang perubahan...


Read more >> Read More..

Monday, June 8, 2009

Pemilik Cintaku setelah Allah dan Rasul


Last week ketika ana ym dengan seorang sahabat lama, beliau mengesyorkan ana baca buku ni. Daripada pandangannya buku ini sangat baik untuk para remaja dan komen-komen yang ana terbaca mengenai buku ini membuatkan ana tertarik untuk memilikinya. Semoga Allah mengizinkan ana memiliki buku ini. insyaAllah..
harganya murah je Rm 12
penulisnya fatimah syarha
Read more >> Read More..

Thursday, June 4, 2009

Hari Lahirku

Hari ini 04/06 adalah sambutan kelahiranku yang ke-22. Telah meningkat lagi usiaku, semakin hari semakin bertambah kedewasaan...Syukran jazilan kepada sahabat yang wish. Tiada yang lebih aku dambarkan selain ditetapkan iman agar terus menikmati nikmat iman dan islam yang tak terhingga harganya. Biarpun pelbagai onak duri pernah dilalui dalam mengemudi diri melayari bahtera duniawi namun aku masih mengharap agar aku diberi kekuatan untuk terus mencari hidayahmu dan menghapuskan noda-noda hitam sejarah hidupku.
Awan berarak ceria tiada titisan hujan,
Pohon melambai tanda sokongan,
Kususuri perjalanan bertemankan senyuman,
Dihari lahirmu sahabatku,
Dedaun berguguran,
Membuktikan kedewasaan,
Walau tanpa madah dan hadiah,
Namun cukup untukmu sekadar ucapan...
Selamat Hari Lahir,
Iringan doa kuhulur,
Bersyukur kepada-Nya,
Atas nikmat usia,
Awan berarak ceria tiada titisan hujan,
Pohon melambai tanda sokongan,
Kususuri perjalanan bertemankan senyuman,
Dihari lahirmu sahabatku,
Usiamu ibarat mutiara,
Tiada berganti lagi,
Hiaskan iman bersulam taqwa,
Agar sempat menuju haruman syurgawi,
Selamat Hari Lahir,
Iringan doa kuhulur,
Bersyukur kepada-Nya,
Atas nikmat usia.
p/s: lagu yang mempunyai memori tersendiri di hati...
Read more >> Read More..