Saturday, June 13, 2009

masjid diserang, 10 jemaah terbunuh




NARATHIWAT, Thailand 8 Jun - Sekurang-kurangnya 10 jemaah termasuk imam terbunuh, manakala 13 lagi cedera, apabila militan Islam melepaskan tembakan ke dalam sebuah masjid di daerah Cho-ai-rong di wilayah Narathiwat, hari ini.
Lima militan bersenjatakan rifel merempuh ke dalam masjid melalui pintu belakang sebelum melepaskan tembakan rambang ke arah kira-kira 50 jemaah yang berada di dalam masjid itu.
Sementara itu, militan Islam turut membunuh seorang penoreh getah dan mencederakan sembilan anggota tentera dengan melontar bom di tepi jalan di Selatan Thailand, hari ini.
Penoreh getah penganut Buddha itu ditembak mati oleh seorang lelaki tidak dikenali yang sedang menaiki motosikal di wilayah Rangea hari ini, kata polis.
Di daerah berjiran, Rueso pula, sembilan anggota tentera cedera dan seorang daripadanya parah apabila sebutir bom dicampak ke bawah trak tentera meledak di tepi jalan.
Sejak Jumaat lalu, sembilan orang terbunuh dalam kejadian tembakan dan letupan bom berasingan di wilayah selatan Thailand.
Bagaimanapun tidak ada pihak yang mengaku bertanggungjawab terhadap semua serangan tersebut. - . - Agensi


Lihatlah musuh-musuh islam semakin hari semakin berani. Jika zaman Rasulullah s.a.w dahulu musuh menghormati rumah-rumah ibadat tetapi kini tidak lagi. Malahan, wanita dan anak kecil turut menjadi mangsa kepada insan-insan laknatullah...Bertapa kejamnya mereka tanpa belas dan ehsan mengikut nafsu kerana terlalu benci kepada muslimin dan muslimat sekalian.


Aku pula hanya memandang dari jauh tanpa bertindak...cita-cita ingin menjadi mujahidah tapi untuk bermujahadah pun masih lemah.Hendak menjadi pendakwah tapi diri takut untuk ditarbiyyah...macam mana ini???biasakah impian menjadi kenyataan andai diri tidak melakukan sebarang perubahan...


No comments:

Post a Comment