Wednesday, April 15, 2009

Hati Sabarlah tika diuji...


Ya Allah hati ini sudah tidak tertanggung lagi derita. Bukan aku sengaja membiarkan segalanya berpanjangan namun aku telah cuba tetapi masih tak berdaya. Aku tahu akan kelemahanku, aku akur akan ke dhaifanku. Aku mahukan 'dia 'yang terbaik, aku mahukan ' dia ' yang sempurna tetapi aku?,,aku bagaimana??? sempurnakah aku sesempurna yang aku mahukan dari dirinya...

Aku keliru dengan tingkah laku sentiasa berlawanan dengan matlamatku. Aku tidak tahu bagaimana harus mendepani semua ini. Walau suatu ketika dahulu aku pernah mampu menolak semua yang hadir dalam hidupku kerana aku hanya mahu menanti akan 'dia', 'dia' yang ku dambarkan. Tetapi hari ini aku semakin lemah dan goyah.

Maafkan aku sahabat, bukan niatku permainkan dirimu tetapi aku kabur dengan gerak dan tingkahku. Aku punyai matlamat jelas tetapi perlaksanaan kabur. Pelik..pelik..dan aku pun pelik...Aku amat berharap dirimu tidak goyah dan anggap persahabatan ini hanya suatu persahabatan tanpa makna selain darinya kerana aku tidak akan pernah mengizinkan hatiku diisi oleh insan sepertimu...

Buat 'dia' yang ku dambar maaf jua kupinta kerana aku tidak seperti yang kau pinta...Doakan aku agar terus kuat melawan nafsu yang mendatang agar dirimu layak tercipta buat diriku..

2 comments:

  1. salam sahabiah yang dikasihi allah.saya ada menyediakan kambing untuk akikah dan kurban.jika sahabiah memerlukan hubungi saya.kandang kami di felda lurah bilut.smoga allah merahmati kamu.kambingpearl.blogspot.com

    ReplyDelete