Sunday, April 12, 2009

Baru balik T.O.T

Program ini telah berlansung selama 3 hari 2 malam di Teratak Riverview, dekat je dengan UPSI cume dalam hutan sikit dan tkde coverage hehe..Pelajar yang terlibat adalah pelajar semester 4 yang terdiri daripada 93 orang semuanya. Kawasan penginapan sangat cantik dan indah dihiasi dengan keindahan ciptaan Allah..Alunan sungai yang mengasyikkan...
Antara motif program ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada bakal2 kaunselor mengendalikan program-program di sekolah. Ia juga dapat membantu bakal kaunselor bersedia mendepani cabaran-cabaran ketika berada di alam perkerjaan kelak.
syukran jazilan buat Encik Aziz, Encik Taqudin dan Encik Mad Noor Sapir kerana kalian sanggup bersama-sama membantu kami dan mencurahkan ilmu kaunseling kepada kami.
kepada student yang tk dapat join sebenarnya anda sedikit rugi tapi tkpelah itu keputusan anda untuk tidak join dan mungkin bukan rezeki tetapi andai berkesempatan utk join di masa akan dtg rebutlah peluang..
Buat rakan-rakan seperjuangan, kita adalah bakal kaunselor yang hebat dan perdulikan tomahan masyarakat yang penting kaunselor tidak mudah patah semangat

No comments:

Post a Comment