Friday, April 24, 2009

Imtihan

Semester ini benar-benar mencabar buat diriku. Tempoh pengajian yang pendek tanpa mempunyai stdy week membuatkan masa belajarku amat terhad sekali. Asgment pula, masyaAllah terlalulah banyak hingga tiada ruang untuk bersuka ria. Sekiranya aku ada kelapangan waktu, pasti ruang itu hanya tersedia untuk tidur sahaja itu pun tidak kurang beberapa jam jea. Selain sibuk dengan tugasan kuliah aku juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kolej maka tuntutan hidup di university tidaklah hanya berkonsepkan 3K (kolej, kuliah. Kafe). Aku merupakan salah seorang rakan exco bagi ExcO Latihan dan Pembangunan Sahsiah Kolej Aminuddin Baki.
Kini aku berada dalam minggu imtihan yang melibat 7 ppr. 21, 23, 24, 27, 29 dan 30 (melibatkn 2 ppr pagi dan ptg). huh, kepadatannya mmg menguji kemampuan otak untuk memahami setiap subjek. namun aku tau, aku mampu lakukan yang terbaik biarpun di awal imtihan aku demam hinggakan aku masuk dewan peperiksaan hanya redha je tanpa stdy yang betul2 mantap. Aku tak berdaya untuk memegang buku. tapi alhamdulillah skang ni boleh dah stdy dan kesihatan pun dah bertambah baik. InsyaAllah biarpun tidak meletakkan harapan setinggi seperti imtihan yg sebelum ini namun aku amat berharap stil dekan dan pointer tak jatuh.
ya Allah ssghnya Engkau yang memegang hati-hati manusia dan sgalanya berada dlm perhitunganMu, seandainya kejayaan itu baik bagiku dan islam maka berjayakanlah aku tetapi seandainya tidak maka aku serahkan segalanya hanya padaMU..

No comments:

Post a Comment