Sunday, May 24, 2009

Men Are From Mars, Women Are From Venus-John Gray


Pastinya ramai yang telah membaca buku ' Men Are From Mars, Women Are From Venus. Ini kerana buku tersebut merupakan salah sebuah buku bestseller. Penulisnya bernama John Gray. Ketika aku membaca buku ini telah banyak yang ku pelajari tentang realiti perbezaan yang wujud antara kaum adam dan hawa. Aku tersenyum sendirian ketika meneliti satu persatu perbezaan yang dinyatakan. Aku membandingkan kenyataan yang dipaparkan dengan kehidupan yang aku jalani, memang benar perbezaan tersebut wujud dan perselisihan faham antara adam dan hawa sering terjadi disebabkan kedua-dua individu gagal memahami bahawa kedua-dua insan ini berbeza ciptaanNya.


Antaranya dalam sesebuah perhubungan hawa sering berfokuskan kepada perasaan dan hawa juga suka berkongsi perasaannya bersama orang-orang disekelilingnya. Namun adam tidak begitu, adam lebih sukakan sesuatu yang bersifat konkrit dan mereka hanya akan meluahkan sesuatu permasalahan jika mereka inginkan resolusi, jika tidak dia lebih suka bersendirian daripada berkongsi permasalahannya dengan orang disekelilingnya.


Selain itu, kaum hawa harus ingat bahawa ketika adam gagal melakukan sesuatu jangan mencadangkan apa-apa idea kepadanya jika mereka tidak meminta untuk berbuat demikian. Hal ini disebabkan si adam akan merasakan kredibilitinya dipandang rendah oleh si hawa. Contoh dalam perjalanan menuju ke sebuah party tiba-tiba si adam telah tersesat dan gagal menemui jalan untuk ke party tersebut maka si hawa jangan berkata call la member yang lain untuk membantu. Jika si hawa berkata sedemikian si adam boleh menjadi dingin kerana merasakan si hawa memperlekehkan kebolehannya. Sebaiknya biarkan sahaja si adam mencuba sehingga dia menyerah dan bersedia dibantu.


Walaupun terdapat pelbagai lagi perbezaan yang nyata antara adam dan hawa tetapi semuanya bukanlah penghalang kepada sesebuah perhubungan berjalan dengan lancar. Malahan, perbezaan yang wujud inilah menjadi penyeri kebahagiaan...


Setiap manusia itu bersifat UNIC maka dalam keUNICkan tersebut pastinya indah andai bisa difahami dan dimengertikan..


Selamat membaca buku ini bagi yang belum membacanya InsyaAllah anda akan lebih mudah memahami diri anda dan insan yang dibezakan dengan anda...Saya harap awak juga membacanya seperti saya





No comments:

Post a Comment