Showing posts with label catatan peribadi. Show all posts
Showing posts with label catatan peribadi. Show all posts

Thursday, September 17, 2009

wanita menolak perkahwinan



Di saat aku bersendirian petang ni ( maklumlah semua sahabat serumah telah pulang ke kampung masing-masing ) aku terbaca artikel dalam darulnukman berkaitan wanita menolak perkahwinan.. Artikel tersebut menjelaskan mengenai kerugian wanita yang tidak mahu berkahwin. Alasan yang biasa dikemukan kerana perkahwinan itu membataskan segala gerak dan tingkah laku. Tidak aku nafikan kadang-kadang diriku sendiri terfikir bahawa perkahwinan ni akan menyusahakan dan mengganggu perancangan hidupku sendiri. yelah kan setiap antara kita ada matlamat dan cita-cita sendiri, jk berkahwin ada kemungkinan cita-cita tersebut terpaksa di adjust dan jika nak dipertahankan juga nanti nampak macam selfish pula.


Namun selepas aku membaca artikel persepsiku sedikit sebanyak telah berubah. Bertapa ruginya wanita yang memilih utk bersendiri dan menolak jodoh. Lain la kalau memang yg tiada jodoh. tau tak napa rugi?? ruginya sebab kehidupan wanita tidak akn sempurna tanpa perkahwinan.


sabda Rasulullah: "Sekiranya seorang wanita dapat melakukan empat perkara iaitu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga maruah dan taat kepada suami maka masuklah syurga mana-mana yang ia kehendaki."


maka jika tidak berkahwin bagaimana kite nak sempurnakan keempat-empat yang telah digariskan dalam hadis di atas. Sedangkan wanita yang berkahwin itu memiliki terlalu banyak kenikmatan dan gangjaran..


Oleh itu jika ada jodoh maka bersedialah utk berkahwin. insyaAllah tugasan akan lebih mudah dilaksanakan. usah menolak fitrah wanita dan lelaki saling melengkapi

Read more >> Read More..

Sunday, September 13, 2009

KEM KEPIMPINAN PERSONALITY UNGGUL

salam ramadhan kareem.........

ExCo Latihan dan Pembangunan Sahsiah Kolej Aminuddin baki dgn kerjasam Kolej Za'ba sedang mengadakan satu kem kepimpinan islamic yang diberi nama 'Kem Kepimpinan Personality Unggul'. kem ini dikendalikan oleh fasilitator yang terdiri daripada ahli senior Rakan Surau Al- Falah. Para peserta pula terdiri daripada sesiapa sahaja yang berminat dan tiada diskriminasi dalam pemilihan menjadi peserta.
Tarikh 12 dan 13 september sengaja dipilih sebagai tarikh program biar pun kini umat islam sedang menikmati ibadah puasa. Proses pentarbiyyahan bukanlah suatu proses yang mudah. Selain para peserta diuji dengan dugaan terlalu banyak asgment menanti, tiada member yang nak bersama join, terpaksa berjam-jam berdepan dengan fasi dan aktiviti yang tidak diminati,...kami selaku fasi ini lagi la diuji dengan kekuatan diri untuk meneruskan program ini kerana kami bukan bergerak pada hari ini tetapi persiapan yang dah beberapa hari dahulu dan kami juga ada asgment dan terpaksa memikirkan sesuatu yang terbaik buat adik-adik yang tersayang. tahu tak mengapa kami sanggup?? jawabnya kerana kami sygkan adik-adik demi islam dan inilah proses pentarbiiyyahan yang kami harus lalui. Kalau bukan kami yang mengambil amanah ini utk dipukul siapa lagi??
Program sebegini mungkin ada yang memandang sebagai suatu program yang biasa2 sahaja. Tetapi tahulah wahai insan, berilah peluang pada diri utk ditarbiyah dan mengenali program keilmuan islam yang nyata berbeza sekali dgn kem2 biasa yang lain. Ana tiadak mengatakan program yang ana buat ini adalah program yang terbaik dan program orang lain tidak baik, cuma program ini benar-benar diisi dgn mesej dakwah yang ingin kami bawa utk memberi kesedaran buat diri kami sendiri dan org disekeliling.
Kewajipan menegakkan daulah islamiah adalah tjwb bersama. Maka, marilah sama2 kite memperjuangkannya demi islam tercinta.....
Read more >> Read More..

Sunday, August 30, 2009

Pengalaman ke Pusat Serenti

REFLEKSI PROGRAM KE PUSAT SERENTI

Pada tanggal 28 Ogos yang lalu aku dan rakan kumpulan telah mengadakan program ke Pusat Serenti Serendah, Selangor. Program di sana merupakan salah satu daripada tugasan dalam Kursus Pencegahan Dadah dan HIV. Objektif program aku ini ialah memberi peluang kepada mahasiswa untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan dengan dadah, membina hubungan yang rapat antara mahasiswa dan pesakit di pusat serenti, memberi dorongan dan sokongan moral kepada pesakit untuk meneruskan kehidupan dan berubah dan melahirkan mahasiswa yang prihatin terhadap masalah-masalah yang memberi kesan kepada negara.
Kami bertolak ke pusat serenti tersebut pada jam 6.30 petang dengan menaiki dua biji kereta. Namun, kami terpaksa transit seketika di rumah Shuhada ( salah seorang rakan dalam kumpulan ). Tujuan kami singgah adalah bagi menghormati masa berbuka puasa dan menunaikan solat magrib. Perjalanan kami diteruskan lagi pada jam 8.30 malam. Hujan renyai menamani sepanjang perjalanan kami. Rasa takut dan gementar sentiasa dirasai. Tidak aku sangka dalam perjalanan berlaku kesesakan lalu lintas. Sangkaan aku di hadapan ada kemalangan kerana beberapa buah kereta bomba bergegas ingin ke hadapan sana. Rupa-rupanya bukan kemalangan jalan raya sebaliknya, banjir yang terpaksa kami redahi. Inilah pengalaman pertama aku mendepani banjir. Kenderaan yang banyak menambahkan lagi rasa yang berbaur. Alhamdulillah, akhir kami berjaya redahi. Memandangkan ini kali pertama menjejaki kawasan pusat serenti tersebut kami tidak terlepas daripada masalah sesat jalan. Masalah ini juga berjaya kami tempuhi dengan penuh kesabaran.
Tepat jam 11.30 malam kami tiba di destinasi yang dituju. Rumah rehat yang dijanjikan menjadi tempat kami berteduh semalaman sebelum mendepani program yang akan bermula seawal jam 8.00 pagi esok. Rumah rehat yang disediakan sungguh selesa dan di luar jangkaan. Terdapat dua bilik di dalam rumah tersebut dan disediakan tiga katil bagi setiap bilik. Kami diberikan dua buah rumah, sebuah untuk ahli kumpulan lelaki dan sebuah lagi untuk ahli kumpulan perempuan. Selepas semua ahli kumpulan siap menguruskan diri masing-masing kami berkumpul untuk taklimat dan persediaan terakhir sebelum program. Taklimat tersebut disampaikan oleh Razi ( ketua kumpulan ).
Tepat jam 5.15 pagi kami semua terpaksa bangun untuk bersahur. Selepas itu solat subuh dan terus bersiap sedia untuk ke tempat program. Sekali lagi hujan menemani perjalanan kami. Ketika kakiku melangkah masuk ke pintu gerbang pusat serenti pelbagai persepsi dan anggapan yang hadir bermain di minda. Langkahan kaki masih diteruskan menuju ke bilik kaunseling pusat serenti tersebut. Tiba-tiba kami disapa oleh penghuni-penghuni pusat serenti. Saat itu betapa kecutnya perut ini hanya Allah sahaja yang tahu. Menatap wajah-wajah mereka juga aku tidak berani kerana sebelum ini aku didedahkan dengan pelbagai andaian negatif mengenai penagih-penangih dadah.
Sedang kami sibuk menyiapkan peralatan teknikal para banduan yang dipilih seramai 30 orang mula memasuki perkarangan tempat program bakal berlangsung. Pegawai-pegawai di sana sungguh baik hati melayan kami dan menyerahkan penghuni tersebut tanpa sebarang keraguan. Beberapa pegawai penjara turut bersama kami sebagai pemerhati. Hal ini bertujuan menjaga keselamatan kami. Maklumlah kumpulan kami terdiri daripada enam orang perempuan dan seorang lelaki sahaja.
Program kami bermula seawal jam 8.15 dengan sesi pengenalan diri setiap anggota kumpulan kami. Setiap seorang daripada kami dipanggil dan diperkenalkan kepada peserta-peserta program. Aku juga tidak ketinggalan memperkenalkan diriku. Seronoknya bila melihat peserta-peserta program cuba menyebut dan menghafal nama-nama kami semua. Kemudiaanya program diteruskan lagi dengan senaman pagi yang diketuai oleh Razi. Aku dan beberapa orang ahli yang lain turut bersama dengan peserta membuat senaman. Antara lagu yang dimainkan ialah Cheiken Dance. Para banduan sungguh terhibur dengan lagu tersebut dan mereka beberapa kali meminta senaman tersebut diulang. Ketika kami baru memulakan senaman, penghuni di sini menjangkakan kami ingin membuat poco-poco tetapi sebaliknya kami membuat sesuatu senaman yang tidak pernah mereka temui.
Modul Ice-Breaking menjadi aktiviti kedua kami. Tujuan modul ini tidak lain tidak bukan adalah untuk mewujudkan ruang selesa dan rasa mesra antara kami sebagai fasilitator dan semua penghuni di sini. Aktiviti pertama dalam modul ini kami telah dikendalikan oleh Wani. Segala perjalanan aktiviti dalam modul Ice-Breaking berpandukan arahan Wani. Aktiviti pertama dikenali ‘ Who Am I ’ dalam aktiviti tersebut kami telah memberikan sehelai kertas dan pen kepada semua penghuni yang terlibat sebagai peserta program. Arahan yang disampaikan oleh Wani mudah sahaja iaitu para peserta perlu menulis persepsi diri sendiri. Mereka perlu menyenaraikan kebaikan dan keburukan diri masing-masing.
Ketika aktiviti ini berlangsung aku diminta untuk membantu seorang peserta menulis. Hal ini disebabkan beliau tidak mampu menulis berikutan masalah mata yang dialaminya. Saat mendekati dirinya yang aku kenalkan sebagai Pak Cik E, aku merasakan seolah-olah dia adalah ayahku sendiri. Sedih mengenangkan Pak Cik E yang sudah tua dan terpaksa menjalani kehidupan di dalam tembok pemisah dengan dunia luar. Dikesempatan aku mendekatinya sempat juga aku berbual mesra dengannya. Soalan pertama yang keluar daripada Pak CIk E buat diriku “ apa rasa bila mua-mula masuk sini, takut tak untuk mendekati kami?” Senyuman aku ukurkan bagi menutup rasa gentar dalam diriku. Aku mengatakan dengan jujur awalnya pelbagai perasaan yang aku rasakan tetapi selepas melihat mereka semua semua ketakutan seakan hilang sebaliknya ingin lebih mendekati mereka semua. Rasa bertanggungjawab meembantu mereka. Personaliti Pak Cik E yang mesra membuatkan tanpa diminta dia terus membuka cerita kisah hidupnya.
Keramahan aku dan Pak Cik E berbual sambil mengikut arahan yang diberikan Pak Cik X menyampuk perbualan kami. Pak Cik X juga merasa terpanggil untuk bercerita dengan aku kisah dirinya. Ayat yang tidak boleh aku lupa Pak Cik X berkata, “ dadah ibarat cinta walaupun di luar kita mengatakan benci padanya tetapi kerana cinta ada maka rasa rindu mengatasi segalanya dan perkara inilah yang membuatkan mereka keluar dari pusat serenti tetap kembali menangih”. Kesimpulan daripada kisah mereka berdua dapat aku katakan kemiskinan punca mereka bergelumang dengan najis dadah. Manakala sikap yang panas baran dan tidak sabar adalah menjadi faktor mereka terlibat dengan jenayah yang lain pula. Rata-rata yang sempat ditemubual ketika sesi Ice-Breaking kebanyakan mereka bukanlah kali pertama masuk ke pusat serenti dan keluar masuk penjara. Ada antara mereka daripada umur 23 tahun hingga kini sudah mencapai usia 50 tahun. Bertapa lamanya usia mereka dihabiskan dengan dunia hitam ini.
Di dalam perjalan program kami sempat memberi masa rehat buat mereka sebelum sesi seterusnya. Dikesempatan selama beberapa minit itu aku mengambil peluang mendekati seorang penagih muda. Pada mulanya dia bertanyakan negeri asalku tidak sangka kami lahir di sebuah negeri yang sama. Disoal selidik lebih mendalam lagi rupa-rupanya kami bersekolah di sekolah rendah yang sama walaupun pada tahun yang berbeza. Sungguh aku teruja untuk lebih mengetahui tentang dirinya. Namun dirinya tidak lama berada di negeri aku dan berhijrah bersama keluarga ke negeri lain. Dia aku kenalkan sebagai G. G juga mempunyai adik perempuan dan menurut G, adiknya turut terpengaruh dan terlibat dengan najis dadah. Dalam kalangan penghuni di sini G merupakan seorang pengawas dan akan dibebaskan tidak lama lagi. Inilah kali pertama G memasuki pusat serenti dan G benar-benar ingin berubah dan keluar daripada sejarah hitam yang dilaluinya. G juga sempat memberitahu aku semoga jika kami bertemu di luar sana aku akan melihat dia telah berubah.
Modul kedua adalah modul muhasabah. Modul ini dikendalikan oleh diriku dengan bantuan Shuhada. Objektif modul ini dilaksanakan adalah untuk memberi kesedaran kepada penghuni pusat serenti ini bahawa mereka masih ada peluang untuk berubah. Perjalanan modul ini dimulakan dengan aku menyerahkan sehelai kertas kepada semua peserta dan sebatang pensel. Kemudiannya aku meminta semua peserta untuk mendengarkan cerita mengenai seorang tokoh. Cerita tersebut disampaikan oleh Shuhada. Aku teleh menyiapkan teks mengenai tokoh tersebut. Walaupun teks tersebut baru aku siapkan selewat jam 12.00 malam sebelum program berlangsung namun akhirnya berjaya juga disipakan dan dapatlah Shuhada membackan cerita tersebut pada hari ini.
Alunan suara yang dimainkan oleh Shuhada membuatkan semua peserta menghayati setiap bait-bait yang sampaikannya. Dengan penuh penghayatan dan sungguh menyentuh Shuhada membaca dan peserta juga aku lihat juga seakan-akan teruja ingin mengenali siapkah tokoh yang kami maksudkan. Bagi membuka segala rahsia siapakah tokoh yang terhebat dimaksudkan maka kami meminta setiap peserta bersedia untuk ke hadapan bagi melihat wajah tokoh tersebut.
Sebuah kotak telah tersedia di hadapan para peserta dan kami telah meminta setiap seorang bergilir-gilir untuk tampil ke hadapan. Wajah tokoh tersebut akan diketahui sejurus selepas peserta membuka kotak yang disediakan. Di dalam kotak tersebut terdapan sebuah cermin besar yang akan menampil wajah tokoh tersebut. Sebenarnya tokoh yang kami maksudkan di dalam modul ini adalah para peserta sendiri. Pelbagai reaksi wajah yang aku perhatikan apabila mereka membuka kotak tersebut. Ada antara mereka tersenyum dan tidak kurang juga ada yang mempamerkan reaksi terkejut.
Setelah semua peserta selesai mengenali dengan jelas wajah tokoh tersebut, semua peserta diminta melukis potret tokoh yang dimaksudkan tadi dan mereka perlu menulis harapan masing-masing. Rasionalnya kami meminta mereka menulis harapan hanya untuk memberi peluang kepada peserta menyatakan harapan mereka buat diri mereka sendiri. Semua manusia mempunyai harapan dan impian masing-masing maka ingin memberi peluang kepada peserta meluahkan harapan tersebut. Sebenarnya bukannya mudah juga mereka ingin menulis apa harapan mereka kerana kebanyakan antara mereka sudah merasakan tiada apa-apa yang mampu mereka lakukan lagi. Bagi memberikan kesedaran dan sedikit motivasi kepada penghuni aku telah bertindak sebagai motivator untuk mereka. Aku menjelaskan kepada mereka bahawa mereka masih ada waktu untuk berubah dan melakukan kebaikan. Biarpun masyarakat sekeliling menolak dan mencemuh mereka tetapi itu bukan penghalang buat mereka untuk berubah. Meraka juga perlu bangkit membuktikan ketokohan yang masih bersisa dalam diri. Mereka juga harus mempunyai kekuatan dalam yang tinggi untuk terus melakar kejayaan supaya dadah bukan lagi menjadi agenda dalam hidup.
Ketika aku menyampai hujah-hujah aku yang agak tegas ku kira, wajah-wajah mereka suram dan hanya mampu memandang ke bawah. Ada reaksi sedih dan penyesalan yang amat ketara dipamerkan. Aku juga sebenar tidak sampai hati untuk bertegas dengan mereka tetapi aku lakukan sepaya mereka dapat kekuatan dengan cabaran yang aku berikan. Saat itu aku telah buang segala rasa malu yang ada dalam diriku supaya aku mampu melontarkan kata-kata bagi menaikkan semangat mereka. Dalam mindaku tidak lain yang aku fikirkan hanya mengharapkan secebis madah yang aku bicarakan terkesan di hati mereka dan Allah memberi hidayah buat mereka untuk bertaubat. Bicaraku hanyalah memakan masa tidak kurang 10 minit.
Aku juga telah memanggil empat orang peserta untuk membuat refleksi terhadap aktiviti yang telah dijalankan. Hampir keempat-empat mereka menyatakan ingin berubah biarpun mereka sendiri tidak pasti kekuatan yang ada dalam diri mereka mampukah melawan kehendak pada dadah. Apabila aku telah mengakhirkan kata-kata aku menyedari di sekelilingku ada beberapa orang pegawai penjara yang turut bersamaku sedari awal pagi tadi. Saat itu barulah aku rasa betapa malunya. Hal ini disebabkan inilah kali pertama aku melakukan perkara sebegini.
Aku seakan-akan baru terjaga dari lena bahawa aku mampu melakukannya seperti orang lain. Berhujah di hadapan dan memberikan kata-kata perangsang buat insane lain dikhalayak ramai. Sebelum ini kau tidak pernah mencuba dan aku sentiasa mengelak. Selepas modul tersebut baru aku percaya aku mampu buat dan ada sedikit kekuatan untuk memperbaiki diri agar penyampaianku pada masa akan datang lebih baik. Aku juga turut meminta pandangan daripada ahli kumpulan mengenai gaya penyampaian aku. Segala kritikan aku jadikan titik awal melakukan penambahbaikan dan segala pujian aku jadikan semangat untuk terus mencuba pada masa akan datang.
Bagi menceriakan kembali suasana yang suram, Razi telah mengambil tempat untuk mengendalikan aktiviti seterusnya. Aktiviti ini diberi nama adalah bertujuan untuk menyedarkan mereka bahawa setiap antara kita dilahirkan dalam keadaan suci dan bersih. Namun kesucian itu bias tercemar dek noda dan dosa tetapi usah khuatir kejernihannya akan terzahir kembali dengan taubat. Prosedur menjalankan aktiviti ini, semua bekas berisi air yang jernis telah diletakkan di dalam sebuah botol. Kemudiannya setitik nila diletakkan di dalam air tersebut. Ketika proses penukaran warna jernih air kepada warna nila Razi telah menyampaikan falsafah bagi menerangkan maksud setiap tindakannya. Apabila air tersebut benar-benar telah burubah warna maka Clorox pula dicampurkan ke dalam air tersebut. Sedikit demi sedikit air yang telah tercemar itu berubah warna menjadi putih dan jernih kembali. Aktiviti ini jelas dapat dilihat falsafah yang ingin disampaikan.
Sebelum kami menamatkan program kami, kami telah berkesempatan untuk mendengar luahan dan refleksi daripada semua peserta. Setiap seorang akan diberi peluang meluahkan apa sahaja yang mereka perolehi daripada program yang kami anjurkan. Pelbagai refleksi perasaan dan pengalaman yang diluahkan. Luahan yang paling menyentuh hatiku apabila salah seorang daripada mereka menyatakan bahawa tidak sangka masih ada yang sudi mendekati dan prihatin pada mereka. Dia menyangka tidak ada yang pedulikan nasib mereka lagi. Tidak aku nafikan kebanyakan peserta membuat refleksi mengenai aktiviti yang aku kendalikan. Hal ini disebabkan mereka dapat merasakan kekuatan tersuntik dalam diri untuk bangkit berubah. Aku sangat bersyukur dengan luahan tersebut semoga mereka sedar mereka adalah seorang tokoh yang telah tersungkur dan bias bangkit kembali melakukan perubahan.
Program kami diakhiri dengan penyampaian cenderamata kepada semua peserta dan pihak Pusat Serenti. Gambar kenangan turut dirakamkan. Pengalaman ini akan menjadi sebuah memori yang indah dalam sejarah perjalanan aku meniti kehidupan. Aku juga telah memuatkan cerita ini di dalam blogku sendiri.
Read more >> Read More..

Saturday, June 20, 2009

Bonda yang dirindui

Hati ini amat merinduimu ibu. Saat berjauhan darimu adalah saat yang paling menyeksakan jiwa ragaku. Tiada senyuman darimu yang hadir meringankan beban amanah di bahuku membuatkan aku lemah dalam meneruskan langkahan.Aku tekad untuk bertemu denganmu dalam kadar waktu yang segera. Biarlah aku meninggalkan seketika kesibukan dunia ini demi berdamping denganmu dalam mencari kekuatan diriku yang semakin goyah tika saat berjauhan darimu.
Sejenak hatiku mula tersungkur,
Bila terkenang ibuku nun jauh,
Aku di rantauan penuh kerinduan,
Bersama harapan pulang ke pangkuan.
Biarpun anakmu jauh di mata.
Namun di hati tak pernah ku lupa,
Wajah manis ibu,
tutur kata,
Menjadi penyubur semangat jiwaku.
Walau selaut kucurah baktiku,
Walau segunung kutabur jasaku,
Namun takkan dapat kubalas,
Pengorbananmu waktu kecilku.
Untukmu ibu salam sayangku,
Doa dan restu kupohon darimu,
Agar dimudahkan laluan hidupku,
Menempuh dugaan di medan ilmu.
Alangkah rindunya belai kasihmu,
Alangkah indahnya mutiara katamu,
Ingin rasanya bertemu kembali,
Kenangan dahulu yang harum mewangi.
Read more >> Read More..

Tuesday, June 16, 2009

Cabaran Dalam Menjana Revolusi

Ya Allah, aku berada di sini hari ini atas pemilihanMu. Teruskanlah Engkau memberi hidayah buatku agar aku terus kekal dalam landasanMu. Sesekali aku berada di puncak jangan Kau calitkan secebis rasa riak, sesekali aku lemah hindarkan aku dari mengalah dan sesekali aku tersasar langkahan jangan kau biarkan aku terus dalam kesesatan.
Bertemu dengan pihak pentadbiran kolej semalam membuatkan aku semakin gerun untuk memikul amanah ini. Bukannya mudah untuk memenuhi hasrat dan kehendak semua warga kolej. Tambahan pula, terdapat pelbagai persepsi dalam minda mahasiswa buat Lajnah Latihan dan Pembangunan Sahsiah. Tidak semua menerima dan mendekati aktiviti lajnah ini dengan hati yang terbuka. Hidayah itu hanya milik Allah dan Allah jugalah yang memegang hati-hati mereka. Ya Allah janganlah Engkau biarkan nasib kami ini ditentukan oleh diri kami sendiri, walaupun sekadar sekelip mata atau sekadar masa yang lebih mudah dan cepat."Ya Rabbi, istiqomahkanlah kami di jalan-Mu. Jangan sampai kami tergelincir ataupun terkena debu-debu yang dapat mengotori perjuangan kami di jalan-Mu, yang jika saja Engkau tak nampakkan kesalahan-kesalahan itu pada kami sekarang, niscaya kami tak menyadari kesalahan itu selamanya. Ampunilah kami ya Allah…. Tolonglah kami membersihkannya hingga dapat bercahaya kembali cermin hati kami. Kabulkanlah ya Allah…. "
Kadang-kala aku bimbang andainya aku sendiri tidak mampu untuk bermujahadah. Dalam bergerak kerja terlalu banyak peluang-peluang fitnah. Iman yang senipis kulit bawang ini belum pasti mampu membaluti seluruh tubuhku dari terpalit debu-debu yang mencemarkan. Namun, aku punyai akal yang dianugerahkan untuk merasionalkan setiap tindakan dan mengawal segala perlakuan agar titik-titik hitam tidak mengotori setiap langkahan...
Teruskan perjuanganmu kerana kau tidak keseorangan dan kau harus kuat dan bersemangat...
Read more >> Read More..

Sunday, June 14, 2009

Rentetan perjalanan

Pada mulanya segalanya dalam kesamaran dan tidak jelas dizahirkan. Dalam diri terkapai-kapai mencari indentiti muncullah cahaya yang menerangi. Ketika itu terlalu banyaknya ujian dan badai untuk melemahkan langkahan agar semakin jauh dari landasan yang telah disyariatkan. Godaan dan cabaran bertali arus menujah saban waktu. Nafsu pula, berebut sama menguasai diri. Argh....saat itu semua yang dilakukan tidak genuine. Kritikan juga tidak dinafikan hadir. Maklumlah nak berubah menjadi baik ni bukannya senang rupanya. Pelikkan manusia zaman sekarang ini kalau buat jahat tidak siapa pun nak tegur tapi kalau tiba-tiba berubah menjadi baik semua orang pandang pelik.
Tiupan semangat yang sering dihembuskan menjadi pembakar kekuatan diri untuk terus melakar perubahan. Pelbagai bahan-bahan bacaan islamic mula dicari alhamdulillah dipasaran sekarang banyak buku agama so tidak susahlah nak dapatkan maklumat. Selain itu, internet juga banyak membantu contohnya laman web mymasjid sememangnya menjadi pilihan sebelum aku mengenali laman web iluvislam. s.
Memasuki alam universiti idaman hati membuatkan diri ini semakin berani untuk tekad melakukan perubahan. Ya Allah tidak sangka sangat benarlah kata orang jika kita nak buat baik dengan niat yang baik pasti Allah permudahkan urusan kita. Hari pertama sahaja aku duduk di bumi ilmu ini aku telah bertemu dengan seorang insan yang solehah. Lemah lembut tutur bicaranya menyapa membuatkan sesiapa sahaja akan selesa berdamping dengannya. Melalui dirinya aku diperkenalkan dengan seorang lagi insan solehah sepertinya.. Syukur tidak terkata dan gembira berbunga dihati kerana impianku untuk mendekati meraka telah menjadi kenyataan.Sepanjang tempoh diorientasi aku tidak dibiarkan tanpa sebarang nasihat dan peringatan agar menjaga maruah sebagai wanita islam. Saat itu merasakan diri tidak keseorang.
Salam taaruf yang sering dihulurkan saban waktu membuatkan bilangan kenalan semakin bertambah. Persepsi pun mula berubah, jika sebelum ini berpandangan gadis seperti mereka sukar didekati tetapi rupa-rupanya mereka lebih mudah didampingi. Dalam ukhwah, mereka telah pasakkan hanya ukhwahfillah sahaja dan berlapang dada antara satu sama lain. Hari-hari bersama mereka membuatkan hati ini semakin tenang, terdidik dengan kepentingan sebuah ukhwah dan kepentingan menguasai ilmu agama.
Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata bertapa nikmatnya bersama mereka dalam jalan dakwah biarpun pelbagai mehnah dan tribulasi. Lemah kadang-kadang hadir juga menguasai diri tetapi Allah masih tidak membiarkan aku bersendirian. Setiap saat ada sahaja yang memberi pesanan dan peringatan. Ruginya kepada sesiapa yang melarikan diri dari mendampingi insan-insan yang baik kerana ketika bersamanya secara tidak langsung boleh mendidik kita menjadi baik.
Read more >> Read More..

Thursday, June 4, 2009

Hari Lahirku

Hari ini 04/06 adalah sambutan kelahiranku yang ke-22. Telah meningkat lagi usiaku, semakin hari semakin bertambah kedewasaan...Syukran jazilan kepada sahabat yang wish. Tiada yang lebih aku dambarkan selain ditetapkan iman agar terus menikmati nikmat iman dan islam yang tak terhingga harganya. Biarpun pelbagai onak duri pernah dilalui dalam mengemudi diri melayari bahtera duniawi namun aku masih mengharap agar aku diberi kekuatan untuk terus mencari hidayahmu dan menghapuskan noda-noda hitam sejarah hidupku.
Awan berarak ceria tiada titisan hujan,
Pohon melambai tanda sokongan,
Kususuri perjalanan bertemankan senyuman,
Dihari lahirmu sahabatku,
Dedaun berguguran,
Membuktikan kedewasaan,
Walau tanpa madah dan hadiah,
Namun cukup untukmu sekadar ucapan...
Selamat Hari Lahir,
Iringan doa kuhulur,
Bersyukur kepada-Nya,
Atas nikmat usia,
Awan berarak ceria tiada titisan hujan,
Pohon melambai tanda sokongan,
Kususuri perjalanan bertemankan senyuman,
Dihari lahirmu sahabatku,
Usiamu ibarat mutiara,
Tiada berganti lagi,
Hiaskan iman bersulam taqwa,
Agar sempat menuju haruman syurgawi,
Selamat Hari Lahir,
Iringan doa kuhulur,
Bersyukur kepada-Nya,
Atas nikmat usia.
p/s: lagu yang mempunyai memori tersendiri di hati...
Read more >> Read More..