Sunday, August 9, 2009

Pemilik Cintaku setelah Allah dan Rasul ( dah baca hehe )

Ahamdulillah akhirnya berjayaku miliki buku ini dan membacanya sehingga ayat yang terakhir. Tak dinafikan buku ini amat baik untuk dibaca oleh muslimin dan muslimat yang bakal atau baru atau telah lama melayari bahtera rumah tangga. Bentuk penceritaan yang diketengahkan oleh penulis amat menarik dan boleh dijadikan contoh tauladan. Biarpun buku ini menggambarkan kesempurnaan yang dimiliki oleh watak namun tidak ada salahnya jika kita mencuba mencontohinya dalam usaha kita untuk mencapai kesempurnaan.
Ya, memang tidak semua insan berjaya memiliki insan yang soleh dan solehah tetapi hati sanubari kita pasti terdetik bertapa indahnya jika dialah yang tercipta buat kita. Tetapi itu bukanlah alasan untuk kita menafikan bahawa kita mampu untuk membina baitul dakwah. Allah sendiri telah berfirman bahawa tidak akan berubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka sendiri yang merubahnya. So di sini jelaslah perubahan jika kita mahukan, kitalah yang harus memulakan langkahan bukan hanya memasang angan-angan tanpa sebarang tindakan.
Serba sedikit mengenai buku ini, ia mengisahkan tentang Qani'ah dan suaminya Dr Muslih. Qani'ah merupakan seorang wanita yang amat menjaga maruah dirinya selaku seorang muslimah sejati. Tidak didambarkan oleh Qani'ah untuk merubut cinta lelaki murahan melainkan cinta seorang muslimin yang menjaga agamanya dan maruah dirinya. perkara berkaitan muamalat dengan muslimin sangat diambil berat. walaupun Qani'ah merupakan seorang public figure dengan status sebagai naib presiden persatuan dan terpaksa berurusan dengan muslimin tetapi semua itu tidak menjadi alasan untuk Qani'ah melupakan batas-batasan yang telah syariat garisan.
Menyentuh soal cinta dan hati, Qani'ah juga insan biasa yang diuji oleh Allah untuk merasai manisnya cinta sesama makhuk. Orang yang hebat pastinya diuji juga dengan insan-insan yang selayakknya. Begitulah Qani'ah di mana insan yang mendambar cintanya bukan calang-caang orang, mahasiswa yang handsome, President persatuan yang dikaguni ramai, dan beberapa orang lain yang turut cuba meraih perhatiannya. Begitu hebat Allah menguji hati Qani'ah tetapi alhamdulillah kerana prinsip yang ada teguh terpasak dalam hati Qani'ah semua ujian itu berjaya ditangani.
Berkat kesabaran dan kekuatan yang ada pada Qani'ah akhirnya Allah balas dengan insan yang benar-benar selayaknya buat dirinya. Seorang suami yang akhlaknya sangat mulia, menjadikan rasullullah idola utama. Itulah ganjaran Allah buat dirinya.
Tidakkah anda juga berimpian untuk mendambarkan insan yang soleh dan solehah sebagai penghibur di dunia dan peneman di syurga?? Renungi dan muhasabah kembali lihat dalam diri adakah layak untuk kita miliki dirinya jika kita sendiri tidak berusaha untuk menjadi seperti dirinya.....So, berusaha menjadi dan tidak sekadar mencari....
Buat yang tercipta untukku, semoga dirimu kuat untuk bermujahadah...

1 comment: