Wednesday, September 9, 2009

Lakukan segalanya dgn rase cinta

Pernahkah anda bercinta??


JIka pernah pasti anda mengetahui keunikan kuasa cinta yang anda alami. Kuasa cinta bukan sahaja membuatkan anda bisa melangkah luar dari jangkaan tetapi memberikan anda kekuatan utk melakukan sesuatu tugasan dgn mudah dan senang hati. Percaya atau tidak sesuatu pekerjaan itu akan mudah dan tenang dilaksanakan dengan adanya secebis rasa cinta. Tanpa rasa cinta kita akan lemah dan tidak bersemangat melakukan sesuatu dengan sehabis baik.
Dalam soal ibadah juga begitu. Seandainya kita lakukan ibadah kerana rasa cinta kepada Allah dan RasulNya pasti kita akan bersenang hati melakukan ketaatan. Bukan sahaja itu, malahan kita sentiasa bersedia utk menjadi perjuang agama yang amat kita cinta. Namun sejauh mana rasa cinta pada agama itu benar-benar mengalir dalam diri kita?? Sejauh mana kita benar-benar cintakan Allah dan kekasihnya?? tepuk dada tanyalah iman...
Marilah kita sama-sama semaikan rasa cinta daam setiap tugasan dan ikhlaskan diri dalam tindakan. Bukan hanya mengharapkan balasan tetapi redhaMu Tuhan yang kudambakan....

1 comment:

  1. semua kerana cinta,
    yang pahit, manis dirasa,
    menghibur nestapa,merawat duka
    damai dijiwa...
    ...huhu..(lirik lgu)
    p/s:xda kje

    ReplyDelete