Monday, March 30, 2009

Program Bengkel Penggerak Ad Dinn




Program ini telah berlangsung seperti berikut :
tarikh : 27-29 mac 2009
tempat: Kem Wood Ulu Yam




Program ini merupakan salah satu usaha yang dianjurkan oleh Pusat Islam dalam memberi persediaan kepada bakal-bakal naqib dan naqibah atau lebih dikenali sebagai Rakan Penggerak Ad Din (RPA) untuk mengerakkan Halaqah UPSI pada semester hadapan. Semua kemasukan baru bermula semester hadapan akan melalui RPA selama setahun iaitu 2 semester dan ia adalah wajib. Modul telah disediakan dan akan diguna pakai sepanjang program dijalankan.

Setiap kolej kediaman akan menyediakan 60 hingga 70 orang pelajar sebagai Rakan Penggerak Ad Din (RPA). mereka ini akan dipilih berdasar beberapa kriteria yang ditetapkan. Mereka ini akan melalui beberapa seri bengkel untuk lebih memahami konsep program ini dan sekali gus memahami modul yang digunakan sepanjang program. RPA akan mengetuai sesebuah halaqah yang terdiri daripada 12 orang pelajar baru. pelajar-pelajar baru ini terdiri daripada ahli empat buah rumah (3 orang pelajar baru 1 rumah bagi sem hadapan).

Diharapkan program RPA akan berjaya mencapai natijahnya.


Duhai sahabat dan sahabiah sekalian berjuanglah dan terus berjuang di medan dahwah yang penuh tribulasi dan mehnah namun ia sangat indah...




No comments:

Post a Comment